Jom Heboh Pekan 2014

Sunday, September 07, 2014


Semalam hari agak teduh, walaupun panas sedikit tetapi adalah lebih baik dari hari-hari lain yang agak panas terik. Lalu saya merasakan ia adalah sebuah hari yang sesuai untuk membawa anak-anak berjalan. Tanya kepada isteri mana-mana tempat yang ingin dia pergi sekitar Kuantan ini, tetapi dia seperti biasa dengan jawapan yang saya sudah tahu. 

Saya pun berfikir sejenak ke mana hendak membawa mereka. Setelah majlis sel-sel otak bermesyuarat dan mendapat kata putus lalu menekan minyak menuju ke Pekan. Setengah jam kemudian saya sekluarga sampai ke tapak Jom Heboh di Pekan. Inilah pertama kali saya melangkah kaki di mana-mana Jom Heboh yang pernah diadakan Di bumi Malaysia ini. Tidaklah semeriah mana pun malah ada lagi expo yang lebih meriah yang pernah saya pergi sebelum ini. 

Setelah penat berjalan kaki kesian pula melihat si isteri yang penat mendukung anak yang baru berusia setahun seminggu itu. Lalu saya mengajaknya untuk berehat untuk minum dan makan. Terpandang dari jauh satu gerai Nasi Ayam Satu Malaysia yang turut berada di dalam tapak ekspo tersebut.Setelah makanan dibayar dan diambil sambil duduk makan saya bertanya kepada isteri mengenai berapa harga semua makanan ini. Jawapannya RM 24.00 untuk 3 set nasi ayam dengan air sirap. Agak mahal jika dibandingkan dengan harga sekitar Kuantan. 

Ingatkan tadi bila ada perkataan Satu Malaysia tentulah murah dari biasa. Entahlah, rasa tertipu dengan perkataan Satu Malaysia lagi kali ini. Mungkin silap saya juga tidak tengok harga dulu. Tetapi bila saya amati tidak nampak pula senarai harga makanan entahlah, mana disoroknya. Jumlahnya tidaklah sebanyak mana. Barangkali saya terdorong makan di situ disebabkan perkataan Satu Malaysia dengan menyangkakan ia lebih murah itulah penyebab saya tidak puas hati agaknya. 

 P/s: Berhati-hati dengan perkataan Satu Malaysia.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images