Kelebihan Memberi Salam

Friday, August 21, 2015


Daripada Abdillah bin Amr bin al-‘As RA, sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Manakah amalan yang paling baik di dalam Islam?” lalu Baginda menjawab, “Hendaklah engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau sudah kenal dan juga kepada orang yang belum engkau kenal.”

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 


Huraian Hadith: 

Islam sangat menggalakkan umatnya mengamalkan sifat-sifat mahmudah seperti menghormati sesama manusia serta bergaul baik dalam semua keadaan kerana dengan berbuat demikian dapat melahirkan masyarakat yang maju dan bahagia.

Antara amalan yang sangat dituntut oleh Islam ialah memberi sedekah kepada orang susah dan memerlukan pertolongan, menjamu orang yang dikenali dan tidak dikenali kerana ia boleh mengeratkan hubungan dan menunjukkan sifat kemurahan.

Amalan memberi salam amat digalakkan oleh Islam dan perbuatan tersebut dikira ibadat yang setaraf dengan sedekah. Memberi salam adalah sunat kifayah manakala menjawab salam adalah fardhu kifayah bagi kumpulan dan fardhu ain bagi individu.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images