Bahana Bauxite

Thursday, September 10, 2015

Apabila duduk di Kuantan ini sedikit sebanyak sudah pasti tidak akan dapat lari dari bahana Bauxite ini. Ada diantara mereka-mereka di sini mendapat keuntungan besar dari Bauxite. Terpulanglah buat mereka mungkin itu sudah menjadi rezeki mereka. Tetapi bagi mereka yang seperti saya inilah yang saya terima. Apabila hari hujan bertembung sahaja dengan lori Bauxite maka berubahlah kereta kepada warna asli atau warna semulajadi.

Nak marah? emm bukannya ada orang peduli makin kita bising makin menjadi-jadi pula masalah ini. Terpaksalah sabar sahaja. Balik rumah masuk parking,  porch pula yang kotor. Suka atau tidak pergilah ke car wash. Secara kesimpulanya orang lain kaut untung kita jugalah semakin rugi. Adakalanya panas juga hati ini. Tetapi apalah yang saya mampu. Hendak berpindah tiada tempat lain nak dituju.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images