
Facebook merupakan Halaman sosial yang terbesar malah pada akhir tahun lepas FB telah mengumumkan jumlah penggunanya yang menjangkau 1.06 bilion. boleh dikatakan hampir semua orang yang kita kenali mempunyai akaun FB. Penggunanya dari lapisan umur tidak kira ahli politik, pelajar mahupun ustaz dan ustazah pun ada FB. Bukannya nak menggambarkan FB itu salah tetapi nak menyatakan ramainya pengguna FB. Yang sedang menaip artikel ni pun ada FB…
FB telah membuat satu pendedahan semasa di dalam laporan tahunan difailkan dengan AS Suruhanjaya Sekuriti & Bursa Amerika Syarikat pada hari Jumaat lepas, memberitahu sebanyak 76 million penggunanya adalah palsu di dalam pelbagai keadaan.
Ramai juga tu : 1.06 Billion – 76 million= Kira sendirilah..!
Kemudian di dalam menerangkan akaun palsu tersebut Kompeni FB telah kategorikan tiga jenis akaun-akaun yang tidak mewakili pengguna yang sebenarnya iaitu:
- Akaun Berganda – Duplicate accounts
- Akaun disalah kategori – misclassified accounts
- Akaun yang tidak diingini – undesirable accounts
FB menyatakan semua akaun tersebut menyumbangkan 7% jumlah pengguna aktifnya seluruh dunia tahun lalu. Sekarang mari kita fahami apa maksud akaun-akaun tersebut
Akaun Berganda (Duplicate accounts)
Akaun-akaun yang di cipta atau diselanggarakan oleh seseorang sebagai tambahan akaun asal mereka adalh sebanyak 53 juta iaitu 5% dari jumlah keseluruhan pengguna. Kalau jenis ni saya rasa biasalah. Kadang-kadang bila kita bercucuk tanam (FarmVille) kat FB kemudian kurang lak jiran-jiran kita, jemput kawan-kawan.. tetapi semua tak layan. Jadi kita pun cipta satu lagi ‘kita’ untuk jadi jiran kita.
Akaun disalah kategori (misclassified accounts)
Akaun dicipta untuk entiti bukan manusia seperti haiwan peliharaan atau organisasi, yang sepatutnya menggunakan ‘Pages’ , menyumbang hampir 14 juta akaun, atau 1.3 peratus daripada jumlah keseluruhan. Yang ni saya tak setuju. saya merasakan kucing saya pun berhak ada FB sebab ia pun ada ramai peminat betul tak? Tetapi yang tidak ‘Best’ jangan pula ada yang sawan kerana kekasihnya seekor hamster setelah 3 tahun bercinta..
Akaun yang tidak diingini (undesirable accounts)
Seperti yang dicipta oleh penghantar spam, dengan 9.5 juta akaun, atau 0.9 peratus daripada pengguna. akaun ni memang tidak bagus menggangu sahaja.
Facebook berkata ia sentiasa cuba untuk meningkatkan keupayaan untuk mengenal pasti akaun-akaun pendua atau palsu. Ia juga menyatakan bahawa terdapat peratusan yang lebih tinggi akaun seperti di negara-negara membangun seperti Indonesia dan Turki, berbanding dengan pasaran maju seperti AS dan Australia.
Suatu perkara yang kita tidak perasan ialah mengenai polisi FB. Siapa ada baca ? Sila angkat tangan.Sebenarnya menggunakan nama palsu menyalahi polisi FB. Malah FB mengalu-alukan agar kita membuat laporan kepada mereka sekiranya kita mengetahui sesiapa yang menggunakan akaun palsu. Tentu kucing dekat dapur risau bila tahu hal ini. Tetapi saya berpendapat adakala untuk kita ‘benar-benar’ jujur dalam ‘online’ ini pun tidaklah bijak juga. bukan niat untuk menipu tetapi atas tujuan berjaga-jaga. Inilah yang dikatakan Alam Maya apa-apa pun boleh terjadi.
Kita sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hati di dunia nyata tetapi kurang memberi perhatian ditempat jari jemari dan mata kita bermain-main sedangkan kedua-duanya berisiko malah adakalanya jenayah siber ini lebih buruk kesannya kepada kita. Kita kunci rumah kita, kita tidak benarkan orang yang tidak dikenali masuk ke rumah kita.. dan pelbagai cara lagi kita gunakan, alarm, padlock dan pelbagai lagi. Namun begitu kita sewenang-wenangnya membiarkan mereka yang tidak bertanggungjawab masuk ke minda melalui Monitor atau skrin kita dan akhirnya merosakkan akal dan pertimbangan kita.