Terkini: Selamat Datang

SEJARAH

Antara Kroh Massacre Dan Pengganas Sulu

Pada 31 julai 1960 negara kita telah mengisytiharkan penamatan darurat daripada ancaman komunis. Pengisytiharan tersebut dilakukan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaidin. 

Walaupun pengisytiharan itu dilakukan pada 1960 tetapi sebenarnya usaha-usaha ke arah tersebut telah bermula  sejak 12 tahun sebelumnya iaitu pada jun 1948. Ia dilakukan secara berperingkat-peringkat sehingga ke tahun 1960 yang mana ketika itu rakyat Malaysia sedang bersedia untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan yang keempat.

Walaupun darurat telah ditamatkan, komunis masih lagi aktif bertindak ganas di sekitar Indo-China manakala di Malaysia pula pihak keselamatan merasakan keadaan selamat dan masih terkawal. Namun begitu peristiwa yang berlaku 17 jun 1968 di Pengkalan Hulu, Perak telah mengubah segalanya.

Pengkalan Hulu, yang dahulunya dikenali sebagai Kroh atau Keroh, adalah sebuah bandar di dalam daerah Hulu Perak, di utara Perak, Malaysia bersempadan dengan Thailand dan juga negeri Kedah. Pekan yang terdekat di sebelah Thailand pula ialah Betong di wilayah Yala.

Di situlah “Kroh Massacre” berlaku mengakibatkan terkobannya 14 pasukan polis hutan dan menyebabkan cedera parah pada yang lainnya apabila  trak mereka di serang hendap oleh sekumpulan komunis yang telah lama berlatih dan hanya menunggu masa untuk menyerang. Rupa-rupanya selama itu mereka mengambil peluang dan kesempatan di saat kita merasakan negara kita selamat bagi melancarkan dendam mereka. Tambahan pula 10 hari sebelum peristiwa itu Parti Komunis Malaya telah mengeluarkan mesej bersemangat kepada ahli-ahlinya :

“Menjulang sepanduk merah hebat perjuangan bersenjata dan mara ke depan dengan berani”

Malah kata-kata tersebut juga diterbit dan disiarkan di China. Kata-kata tersebut telah menaikkan semangat  gerila komunis Malaya untuk memulakan satu lagi revolusi baru penentangan terhadap kerajaan Malaysia. Apa yang paling menyayat hati ialah mereka telah melakukan perkara kejam terhadap jasad-jasad wira negara kita. Tidak cukup sekadar dibunuh malah anggota badan mereka dikerat serta kemaluan mereka dipotong. Pihak berkuasa terpaksa memanggil waris-waris dan isteri-isteri mereka yang terkorban untuk datang bagi mengenal pasti jasad-jasad insan yang mereka kasihi.

Mereka yang terselamat pula di dalam keadaan cedera parah itupun adalah kerana mereka tidak sedar ataupun berpura-pura mati bagi menyelamatkan diri. Itulah sikap komunis yang penuh kekejaman malah datuk nenek saya terdahulu juga pernah menjadi mangsa kekejaman komunis.

Tidak seperti ancaman darurat komunis pada kali pertama, ancaman komunis pada kali kedua ini lebih kepada ala gerila dengan kumpulan yang lebih kecil dengan mudah melarikan diri setelah membuat kekacauan dan serangan. Taktik sebegini memberi tamparan hebat kepada pasukan keselamatan kita.

Rentetan dari peristiwa itu tertubuhlah Pasukan VAT 69 (Malaysia Very Able Troopers) satu pasukan yang berkesan dilatih dalam perang dan strategi Gerila. Dilatih oleh SAS bukan sekadar untuk jadi yang terlatih malah, menjadi pakar didalam taktik peperangan tersebut.

Vat 69 ini sebagai pasukan yang terbaik dan di perakui sendiri oleh bekas pengintip bawah tanah Komunis iaitu Paul Kiong yang bekerja sebagai ejen komunis mempunyai pandangan tersendiri pada Vat69 iaitu ” among all the security forces, to them the 69 comanndo were much better. They were more experienced in jungle warfare compared to other units”

Sebenarnya saya bukanlah hendak bercerita selanjutnya mengenai VAT 69 tetapi saya lebih tertarik untuk mengaitkan sejarah terdahulu ini kepada apa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah. Selama ini kita merasakan Negara kita cukup aman jauh dari ancaman dan anasir luar tetapi rupanya Negara kita masih lagi terdedah dengan pelbagai ancaman yang dahulunya kita anggap remeh.

Pendatang tanpa izin yang dahulunya hanya mengharapkan kehidupan yang lebih baik menyusup masuk ke negara kita untuk berteduh di bawah kemakmuran negara kita kini mula mengangkat senjata untuk menuntut tanah yang didakwa milik mereka.

Saya tidak berniat menyentuh hal-hal politik tetapi suka atau tidak politik merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia yang bermasyarakat. Bila sebut mengenai hak perkara yang melibatkan politik akan ikut serta. Bolehkah kita kata perkara berkaitan Keselamatan Negara tiada kaitan dengan politik? Entahlah pening kepala nak fikir.

Berbalik kepada cerita asal. Kesan dari apa yang berlaku 8 anggota keselamatan kita telah terkoban di bumi Sabah. Paling menyayat hati ialah apa yang menimpa kepada anggota keselamatan kita yang terkorban di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah. Apa yang menimpa kepada anggota keselamatan kita pada tahun 1968 dahulu kini berulang kembali. Jasad mereka diperlakukan dengan kejam tanpa perikemanusian. 

Salah seorang anggota polis yang dipenggal kepalanya ketika diserang hendap oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam. Cebisan organ paru paru dan hati salah seorang anggota polis yang dibunuh kejam oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Sabah, baru baru ini. – UTUSAN

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Dahulunya dilakukan oleh mereka yang bergelar komunis satu fahaman yang tidak mengakui wujudnya tuhan tetapi kali ini dilakukan oleh mereka yang mendakwa sebagai Islam. Pelik, inikah pejuang Islam perilaku keganasan seperti komunis. Entahlah, siapakah mereka ini sebenarnya?

Itulah yang dikatakan sejarah akan kembali berulang. Adakah ini satu konspirasi? Sukar hendak dikatakan mengenai perkara ini. Jika hendak dikatakan mustahil pun tidak patut kerana banyak lagi konspirasi yang lebih besar pernah berlaku di dunia ini. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Namun begitu saya mengharapkan semua permasalahan ini akan selesai dengan segera dan senantiasa mendoakan keselamatan untuk kita semua termasuk pasukan-pasukan keselamatan serta ahli keluarga mereka yang senantiasa berkorban dan terkorban di dalam menjaga keselamatan agama dan tanahair kita. Semoga Allah membalas jasa-jasa mereka dengan sebesar-besar pahala dan ganjaran.

Related posts
SEJARAH

Projek Manhattan: Bermulanya Sebuah Kemusnahan

SEJARAH

Konfrontasi Indonesia Malaysia 1963-1966

SEJARAH

Hiroo Onoda Menyerah Selepas 29 Tahun Jepun Menyerah Kalah

SEJARAH

10 Fakta Pengeboman Hiroshima Dan Nagasaki

Leave a Reply