Selamat Datang

Gaya Hidup

Apakah diet Keto?

Diet Keto atau juga dikenali sebagai Ketogenic Diet merupakan sejenis pelan pemakanan bagi menurunkan berat badan dengan membakar lebihan lemak dalam badan. Diet Keto merupakan diet yang telah lama diamalkan. Pada 2018 diet ini mula mendapat perhatian apabila artis-artis barat yang mengamalkannya menunjukkan penurunan berat badan yang baik. Semenjak itu diet ini mula menjadi ikutan ramai.

Apakah Diet Keto?

Diet keto adalah pelan pemakanan yang terdiri daripada 70-80 peratus lemak kira-kira 20 peratus protein dan kira-kira 5 peratus karbohidrat Ia bukan diet protein tinggi Atkins. Diet keto adalah terdiri dari ikan, daging, telur, tenusu, minyak, dan sayur-sayuran hijau. Mi, beras dan bijirin, kentang, juga buah-buahan lain dilarang sama sekali.

Keto berfungsi dengan cara mengubah bagaimana tubuh menukar makanan menjadi tenaga. Biasanya, semasa penghadaman, tubuh memecah karbohidrat kepada molekul fruktosa, galaktosa, dan glukosa, yang akhir sekali akan berfungsi sebagai sumber tenaga utama tubuh.

Apabila badan tidak dapat tenaga daripada sumber karbohidrat yang disebabkan kerana karbohidrat dibuang dari diet atau tidak makan dalam tempoh masa yang lama ia akan mula mencari tenaga dari sumber yang lain. Diet keto sengaja meletakkan tubuh dalam keadaan ketosis, di mana lemak dikeluarkan dari sel dan berubah menjadi keton bagi menghasilkan tenaga.

Apakah ia Keton? (ketones)

Keton adalah bahan kimia yang terhasil dalam hati. Keton terhasil apabila tubuh tidak mempunyai insulin yang mencukupi dalam badan untuk menjadikan gula (atau glukosa) menjadi tenaga. Hati menukarkan lemak ini menjadi keton (proses ketosis), sejenis asid, dan menghantarnya ke dalam aliran darah bagi otot dan tisu lain menggunakannya sebagai bahan bakar.

Diet keto memindahkan dari pembakaran glukosa (sumber dari karbohidrat) kepada keton (sumber dari lemak) untuk tenaga. Apabila ia terjadi beberapa perkara menarik akan terjadi iaitu:

  • Kadar Metabolisme akan meningkat.
  • Rasa lapar mula hilang.
  • berat otot mula meningkat.
  • Risiko tekanan darah dan penyakit jantung akan menurun.

Jika kita makan lebih lemak, kita harus mengurangkan jumlah pengambilan karbohidrat. Kebanyakan orang menyangka ia adalah bertentangan dengan makan sedikit lemak, dan lebihkan karbohidrat bagi mengurangkan lemak dalam badan.

Sebenarnya apabila kita makan lebih banyak lemak, kita mengoptimumkan badan untuk lebih kehilangan lemak. Apabila kita makan banyak karbohidrat badan akan perlu menghasilkan lebih banyak insulin untuk membantu mengubahnya menjadi tenaga. Sekiranya ia berlebihan ia menukarkannya kepada lemak dalam badan. Lebih banyak karbohidrat maka akan lebih banyak glukosa dan kadar insulin juga akan meningkat dan kesannya akan menghentikan proses ketosis.

Sekiranya kita mempunyai tahap insulin yang lebih rendah, Proses ketosis akan berlaku, tubuh akan lebih mudah mengakses simpanan lemak dalam badan untuk tenaga dan menjana otot kita. Dengan cara itu tubuh akan menggunakan lemak termasuklah simpanan lemak dalam badan bagi menukarkannya kepada tenaga.

Walaupun ada kesan positif pada yang mengamalkan diet ini namun perlu diingatkan tindak balas tubuh kita mungkin berbeza. Tidak bermakna jika ia sesuai untuk seseorang ia akan turut juga sesuai pada semua. Sebaik-baiknya dapatlah nasihat dari pakar pemakanan sebelum mencuba diet ini.

Bersambung ke artikel akan datang.

Related posts
Gaya Hidup

Apakah Maksud CCRIS?

Gaya Hidup

Diet Atkins

Leave a Reply