Selamat Datang

Perubatan

Apakah itu Arachnophobia?

Arachnophobia merupakan salah satu fobia yang biasa dialami. Arachnophobia merupakan adalah salah satu jenis daripada Zoophobia iaitu rasa takut terhadap haiwan tertentu. Dalam hal ini, arachnophobia adalah rasa ketakutan yang melampau kepada labah-labah. Ramai orang merasa tidak selesa dan terganggu apabila berhadapan labah-labah. Namun bagi pengidap arachnophobia labah-labah adalah sesuatu yang amat menakutkan.

Labah-labah merupakan haiwan yang kedua selepas ular yang paling tidak disukai. Ramai di antara kita mempunyai masalah arachnophobia namun yang membezakannya berat atau pun ringan. Bagi Pengidap yang berat masalah ini boleh menjejas kehidupan mereka sehari-harian sehingga mutu kehidupan mereka turut terjejas.

Apakah itu Arachnophobia
Apakah itu Arachnophobia

Gejala dan tanda-tanda arachnophobia

Gejala arachnophobia akan tercetus apabila terlihat labah-labah mahupun tanda-tanda kehadiran labah-labah seperti sawang labah-labah dan bekas kantung telur labah-labah. Melihat gambar labah-labah dan mendengar perbualan tentang labah-labah sahaja turut boleh mencetuskan gejala arachnophobia. Gejala-gejala itu termasuklah:

  • Ketakutan melampau digigit atau diracun oleh labah-labah
  • Rasa terlalu cemas atau diserang perasaan panik
  • Pengsan, muntah atau kehilangan kawalan pundi kencing
  • Mengelakkan tempat yang dianggap mempunyai labah-labah, seperti taman atau di sudut-sudut
  • Memerlukan seseorang untuk memeriksa dan memastikan tiada labah-labah sebelum masuk ke sesuatu ruang.
  • Berpeluh
  • Kadar denyut jantung meningkat
  • Peningkatan tekanan darah

Dalam banyak kes yang teruk, arachnophobia boleh menghalang kehidupan sehari-hari. Dalam erti kata yang paling mendalam, fobia ini boleh menyebabkan rasa malu. Ada kalanya pesakit sendiri yang tidak memahami mengapa tindak balas mereka terhadap makhluk kecil itu sangat teruk. Dengan ketakutan berterusan terhadap labah-labah sering mengganggu kehidupan mereka, ramai pengidap arachnophobia yang serius sering mengelakkan keluar pada waktu malam atau enggan memasuki kawasan tempat labah-labah baru ditemui.

Rawatan untuk Arachnophobia

Selalunya, gabungan kaunseling dan ubat boleh digunakan untuk merawat arachnophobia. Teknik relaksasi seperti meditasi juga boleh membantu dalam rawatan arachnophobia.

Seperti fobia lain, arachnophobia boleh dirawat dengan terapi pendedahan dan terapi perilaku kognitif (CBT). Dalam terapi perilaku kognitif, ahli terapi cuba menggantikan pemikiran automatik negatif yang dikaitkan dengan labah-labah dengan pemikiran yang lebih rasional. Ahli terapi boleh menggunakan desensitisasi sistemik untuk merawat arachnophobia.

Desensitisasi sistematik adalah teknik tingkah laku yang biasa digunakan untuk merawat ketakutan, gangguan kecemasan dan fobia. Dengan menggunakan kaedah ini, seseorang itu akan terlibat dalam beberapa jenis aktiviti bersantai dan secara berperingkat-peringkat terdedah kepada rangsangan yang menghasilkan kecemasan, seperti objek atau tempat.

Dengan reframing kognitif, seseorang boleh belajar mengubah cara dia melihat labah-labah sehingga dia tidak lagi melihat ia sebagai menjijikkan dan berbahaya. Akhirnya, seseorang boleh mengubah reaksi fizikalnya dalam melihat labah-labah. Ada kalanya ubat antikemurungan atau ubat anti-kecemasan boleh diberikan sebagai cara untuk memerangi arachnophobia. Secara kesimpulannya masalah ini hendaklah dirujuk kepada pakar psikiatri yang bertauliah bagi mendapat rawatan yang tepat dan sempurna.

Related posts
Perubatan

Euthanasia: Persimpangan Hidup Dan Mati

Perubatan

Apakah itu Agoraphobia?

Leave a Reply

Worth reading...
Apakah itu Arachnophobia?