Selamat Datang

Telefon

Apakah Notch Pada Telefon?

Setiap tahun pelbagai model telefon Pintar diperkenalkan. Pengeluar telefon berlumba-lumba memperkenalkan model dengan gaya baru. Kesudahanya ia menjadi ikutan kepada pengeluar-pengeluar telefon lain. Namun begitu masih ada juga yang masih setia dengan gaya tersendiri. Setiap kali model baru diumumkan antara salah satu perkara yang disentuh ialah Notch. Apakah itu Notch? Apa fungsi Notch? Adakah ia begitu penting kepada Telefon?

Notch pada telefon  biasanya merujuk kepada bahagian atas paparan telefon pintar generasi terbaru  sekarang ini. Notch terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk namun fungsinya tetap sama. Ia berfungsi sebagai:

  • Meluaskan lagi permukaan paparan (display). Dengan penggunaan notch paparan sesuatu telefon dapat diluaskan semaksima yang boleh.
  • Sebagai tempat kedudukan komponen telefon seperti kamera hadapan dan pelbagai sensor.

Komponen Telefon di Notch

Ia bergantung. Jawapannya berbeza dari pengeluar ke pengeluar dan dari model ke model. Sesetengah pengeluar, seperti Essential, telah cuba mengurangkan saiz notch hingga seminimum yang boleh dengan hanya meletakkan kamera hadapan sahaja. Manakala sensor dan pembesar suara untuk panggilan biasanya disembunyikan di bawah paparan atau di ruang di antara bingkai dan paparan.


Essential Phone

Namun begitu terdapat juga pengeluar telefon lain mengeluarkan notch lebih luas  dengan meletakkan bukan sahaja kamera malah pelbagai sensor lain seperti classic proximity dan ambient light sensors dan bukannya di bahagian bawah paparan telefon bagi mengurangkan kos.

Adakah Notch satu kemestian?

Jawapanya juga berbeza dari model ke model yang lain. Sebagai contoh, Razer Phone 2 menghadkan  paparan dibahagian depan telefon dengan meletakkan suatu Kawasan yang kosong di bahagian atas paparan yang dipanggil bezel.


Razer Phone 2 

Telefon Tanpa Notch dan Bezel

Vivo NEX

OPPO dan Vivo (yang dimiliki oleh syarikat induk yang sama BBK Electronics) Telah menggunakan kamera bermotor pada Find X dan NEX yang, apabila tidak digunakan, tersembunyi di dalam badan peranti dan terbuka / tutup secara automatik apabila diperlukan.

Related posts
Telefon

Samsung Galaxy M20 Hadir Di Malaysia Minggu Depan

Telefon

Nokia Tawarkan Diskaun Sehingga RM340

Telefon

Nokia 9 PureView Dengan 5 Kamera Utama

Telefon

Sony Xperia 1 Paparan 4K Yang Agak Panjang.

2 Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: