
WhatsApp adalah aplikasi sembang (chat application) yang paling popular di dunia, dengan lebih daripada 1.5 bilion pengguna setiap bulan. Tahun ini sahaja pengguna WhatsApp telah melihat pelbagai perubahan, di antaranya dengan pengenalan pelekat (stickers) dan panggilan video kumpulan (group video calling) juga bersama dengan pelbagai ciri-ciri lain lagi.
Menjelang 2019 WhatsApp mungkin akan membuat perubahan yang lebih besar semenjak ia mula-mula dilancarkan pada tahun 2009. Pengguna-pengguna whatsapp yang berjumlah 1.5 bilion dalam sebulan tentu mengharapkan sesuatu yang baik dan positif buat mereka. Persoalannya mampukah Aplikasi percuma yang diperolehi Facebook dengan nilai US$19.3 billion pada tahun 2014 ini terus bertahan seperti penggunanya harapkan?
Pada awal tahun 2018 telah muncul satu perkhabaran bahawa WhatsApp merancang untuk memaparkan iklan di bahagian Status. Berita itu muncul selepas pengasas bersama WhatsApp Brian Acton mendedahkan dia meninggalkan Facebook kerana tidak bersetuju mengenai bagaimana untuk menjana wang dari WhatsApp.
Secara sepintas lalu WhatsApp ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Brian Acton dan Jan Koum, kedua-dua mereka adalah bekas pekerja Yahoo!. Mereka menubuhkan WhatsApp selepas Koum dan Acton meninggalkan Yahoo! pada bulan September 2007

Berbalik cerita asal, menurut Brian Acton yang kini berusia 46 tahun mendakwa pengasas Facebook Mark Zuckerberg dan eksekutif lain bersetuju mempamerkan iklan yang akan disasarkan kepada pengguna-pengguna Whatsapp.
Ketika di temu bual dengan Forbes, Acton menegaskan ini bukan pendekatan yang ia mahukan baginya ia mahu WhatsApp sentiasa bebas dari pengiklanan. Acton mempamerkan kesedihan dengan mengatakan pengiklanan tersebut membuat dia tidak gembira kerana ia telah lari dari matlamat dia menubuhkan WhatsApp.
Selepas komen-komen tersebut jurucakap WhatsApp mengeluarkan kenyataan bahawa aplikasi sembang tersebut akan mula mempamerkan iklan dalam fungsi Statusnya tahun depan. Kemudian, Naib Presiden WhatsApp Chris Daniels juga menyatakan tentang rancangan pengewangan (monetizing) untuk aplikasi WhatsApp itu bagi menjana kewangan utama kepada syarikat tersebut.
Mungkin tiada apa yang pasti lagi yang kita mampu hanya tunggu dan lihat dan sekiranya ia benar-benar berlaku ia bukanlah satu masalah yang besar. Jika kita mampu bertahan melihat kerlipan iklan dari applikasi tersebut maka teruskanlah menggunakannya. Namun begitu memang tidak di nafikan iklan seperti tersebut memang menyakitkan mata memandangnya.
Sesuatu yang mungkin merunsingkan kita adalah WhatsApp mempergunakan privasi-privasi kita yang banyak terkandung di dalam aplikasi tersebut bagi menyasarkan iklan untuk memperolehi keuntungan buat mereka. Ia seolah-olah mengambil kesempatan dengan data-data pengguna yang terkandung didalam WhatsApp.
Kesimpulannya terpulanglah pada kita untuk menilainya sendiri. Selain daripada Aplikasi WhatsApp masih banyak lagi applikasi seumpamanya di luar sana. Barangkali kita boleh sama-sama berpakat beralih kepada Telegram yang fungsinya tidak kurang hebat berbanding Whatsapp.