Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

Celcom: Percuma Internet Tanpa Had Sempena Tahun Baru 2019

Celcom bermurah hati untuk memberikan internet percuma kepada semua pelanggan-pelanggannya sempena tahun baru 2019 yang akan tiba dalam beberapa hari lagi. Seperti yang diumumkan di laman web rasminya semua pelanggan pascabayar Celcom dan prabayar Xpax boleh menikmati internet tanpa had berkelajuan tinggi percuma.

Tawaran sempena Tahun Baru 2019 itu akan bermula dari jam 1am hingga 7am pada 1 Januari 2019. Tawaran itu menyamai seperti internet burung hantu namun, ia diberikan secara percuma kepada semua pelanggan-pelanggan pascabayar Celcom dan prabayar Xpax.

Bagaimana untuk mendapatkannya?

  • Bagi menikmatinya, pelanggan perlu menebus ganjaran ini bermula 30 hingga 31 Disember 2018 sebelum 11.59 tengah malam.
  • Penebusanboleh dilakukan menerusi aplikasi Celcom Life. Jalankan aplikasi tersebut, pergi ke bahagian My Notifications di bawah dan tekan pada Redeem Now di gambar Free Unlimited Internet. Tidak berapa kemudian SMS pengesahan akan dihantar.

Alternatif:

  • Anda juga boleh menuntutnya melalui menu USSD. Jika anda seorang pengguna prabayar atau pascabayar Celcom.
  • Dial 1181 #, pilih “Free Internet On Us”, dan seterusnya pilih “Redeem”.
  • Anda kemudian akan menerima pemberitahuan SMS apabila anda berjaya menebusnya.

Anda kemudian akan dapat menikmati internet percuma tanpa had Celcom. Ia mudah dan anda dapat menikmati Hari Tahun Baru 2019 tanpa bimbang tentang kehabisan data. Anda perlu menuntutnya sebelum 31 Disember 2018 pada 11:59 malam untuk menikmatinya.

Peringatan: Internet percuma ini sehingga jam 7 pagi 1 Januari 2019 sahaja. Selepas tempoh tersebut, pengguna akan dicaj harga biasa sekiranya tidak memiliki sebarang pelan data. Oleh itu berhati-hati jangan sampai anda kehilangan kredit ataupun bil yang melambung.

Maklumat lanjut tentang promosi ini boleh disemak di laman promosi Internet Tahun Baru Celcom.

Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

Leave a Reply