Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

Facebook Messenger: Mesej boleh dipadam dalam tempoh 10 minit

FACEBOOK Messenger sedang cuba menyaingi WhatsApp dengan beberapa penambahbaikan yang lebih baik bagi menjadikan aplikasi tersebut lebih intuitif untuk penggunanya. Facebook Messenger juga adalah satu aplikasi yang sangat popular namun begitu ia ditewaskan oleh WhatsApp dari segi pengguna aktif bulanannya.

Menurut Statista pada Oktober tahun lepas, Facebook Messenger hanya mempunyai 1.3billion pengguna aktif bulanan berbanding 1.5billion dari pengguna WhatsApp. Lantaran dari itu Facebook kini bertekad untuk meningkatkan populariti perkhidmatan Messengernya dengan menambahkan ciri-ciri baru yang selama ini sudah ada pada WhatsApp. Hari ini gergasi media sosial tersebut telah mengumumkan satu penambahbaikan melalui keupayaan untuk menghapus mesej dalam Messenger.

Kini pengguna akan dapat memadam mesej di Messenger dalam tempoh sepuluh minit selepas menghantarnya. Pengguna Facebook di seluruh dunia akan mempunyai lebih banyak kawalan terhadap perbualan-perbualan mereka dan dapat menghapus mesej dalam masa yang terhad.

Fungsi ini amat penting bagi pengguna tersilap menghantar mesej dengan memberi peluang kepada pengguna memadam dan membetulkan mesej tersebut.

Facebook menekankan walaupun pengguna mempunyai keupayaan untuk menghapus mesej, penerima masih mempunyai kuasa untuk melaporkan mesej “untuk masa yang terhad” untuk memastikan siasatan yang betul dapat dijalankan.

Menurut Facebook: “Batasan waktu Messenger untuk menghapus mesej direka untuk memberikan pengguna lebih kawalan dan fleksibiliti ke atas mesej mereka sambil juga memastikan kami mencegah penyalahgunaan fungsi tersebut (seperti menghantar dan menghapus mesej berbahaya).

“Pengguna Messenger biasanya memadamkan mesej untuk diri mereka sendiri dalam masa satu minit selepas menghantarnya, jadi had masa sepuluh minit adalah mencukupi bagi memadam mesej mereka.

“Jika pengguna menerima mesej yang berbahaya dan penghantar memadam mesej itu, penerima boleh, dalam masa yang terhad, melaporkan perbualan tersebut kepada Facebook untuk disiasat dengan cara yang sama dengan mana-mana perbualan Messenger mereka.”

Keupayaan untuk memadam mesej di Messenger ini akan tersedia bermula dari hari ini jadi, cuba-cubalah fungsi ini kerana mungkin satu hari nanti kita pula yang tersilap menghantar mesej.   

Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

Leave a Reply