
Facebook yang boleh dikatakan memiliki semua media sosial merancang untuk menggabungkan WhatsApp, Instagram dan Facebook Messenger. Pada asasnya ketiga-tiga aplikasi tersebut akan tetap berfungsi secara sendirian namun aplikasi tersebut akan dihubungkan satu sama lain dengan menjadikan mesej boleh bergerak di antara ketiga perkhidmatan tersebut
Sebagai contoh sekiranya rancangan ini selesai, pengguna Facebook boleh berhubung dengan terus kepada seseorang yang hanya mempunyai akaun WhatsApp. Pendek kata mesej boleh bergerak berhubung diantara ketiga-tiga aplikasi tersebut iaitu WhatsApp, Instagram dan Facebook Messenger.
Rancangan yang pada peringkat awal, dengan matlamat siap menjelang akhir tahun ini atau awal tahun 2020 memerlukan ribuan pekerja Facebook untuk menyusun semula cara WhatsApp, Instagram dan Facebook Messenger berfungsi pada tahap paling asas. Hal ini didedahkan oleh mereka yang terlibat terlibat dalam usaha itu, dan tidak mahu namanya disiarkan kerana perkara itu adalah sulit.
Zuckerberg juga telah mengarahkan supaya semua aplikasi memasukkan ‘end-to-end encryption’, sebagai langkah utama yang melindungi mesej daripada dilihat oleh sesiapa kecuali mereka dalam perbualan sahaja. Tindakan ini mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak yang meragui tahap keselamatan yang ditawarkan kerana ia adalah sukar disebabkan melibatkan platform yang berbeza.

Secara ringkas Instagram telah dibeli oleh Facebook pada tahun 2012 dengan nilai 1 Bilion USD (£ 760m) dalam bentuk wang tunai dan stok, terus berkembang dalam tahun-tahun kebelakangan ini setelah melepasi satu bilion pengguna. WhatsApp pula telah diperolehi oleh Facebook dengan nilai US$19.3 billion pada tahun 2014.
Sumber: The New York Times