
Pada 18 Feb yang lalu Fujitsu sekali lagi mengorak langkah besar dengan memperkenalkan Model telefon pintarnya yang terbaru dikenali Stylistic S01 dengan ciri-ciri yang sesuai untuk golongan sasarannya iaitu, wargatua . Namum begitu kali ini ia untuk pasaran Perancis agak berbeza dengan modelnya yang terdahulu iaitu Raku Raku Smartphone F–12D yang di pasarkan Jepun.

Telefon Pintar yang berukuran 4 inchi ini dipasarkan dengan usahasama Orange iaitu salah satu penyedia talian komunikasi di Perancis. Stylistic S01 mewarisi ciri-ciri yang sama dengan model yang terdahulu iaitu Raku Raku Smartphone F–12D dengan antaramuka ikon yang besar lagi mudah untuk digunakan oleh golongan sasarannya iaitu wargatua. Stylistic S01 juga disertakan dengan aplikasi yang mempermudah pemanggil mendengar panggilan.
Spesifikasinya adalah seperti berikut:
· 130 x 64 x 10.9 mm
· 4-inch WVGA (800×480) skrin sesentuh dengan “unique tactile feedback technology”
· Kamera: Belakang 8.1 MP; Hadapan: 0.3 MP
· Connectivity: GSM/GPRS/EDGE/UMTS/HSPA, Wi-Fi/Bluetooth, GPS
· Memori: 4 GB + microSD
· OS version: Android Ice Cream Sandwich 4.0
· Chipset: Qualcomm MSM8255 1.4 GHz
· Bateri: 1800 mAh
· Kalis Air dan Habuk (IPX5/8, IP5X
Mengenai harga pula masih lagi tidak diketahui. Anda berminat? Jangan risau, menurut Presiden Fujitsu model ini bukanlah eksklusif untuk pasaran Perancis selamanya cuma ia masih lagi belum dilancarkan. Bagi Orange mereka merancang untuk memasarkan sekitar bulan Jun ini.
Dengan adanya model ini golongan tua yang kaki Gajet tidaklah tersinggung sangat walaupun mata sudah mulai kabur tetapi dengan rekabentuk model ini dapatlah membantu mereka menggunakannya. Bolehlah mula menabung untuk kita hadiahkan kepada ibubapa kita.
