
Samsung akhirnya menghasilkan tablet Android yang anda mungkin berminat. Daripada mempertingkatkan Galaxy Tab S4 tahun lalu dengan pemproses Snapdragon 845 dan saiz yang lebih nipis Samsung sebaliknya mengambil jalan yang berbeza dengan memperkenalkan Galaxy Tab S5e, menambah dengan huruf “e” kepada namanya dengan menekankan harga yang lebih rendah.
Sama seperti khabar angin mengenai telefon Galaxy S10e yang kini menanti masa untuk diumumkan, Galaxy Tab S5e adalah versi premium Samsung yang mampu dimiliki, membawa bahagian-bahagian dan ciri-ciri mewah untuk hanya AS $ 399 rendah daripada harga Tab S4. Namun begitu spesifikasi Tab S5e tidaklah jauh berbeza dengan model samsung yang lebih mahal itu.
Spesifikasi Tab S5e
Dimensi | 245.0 x 160.0 x 5.5mm |
Paparan | 10.5-inch 2560 x 1600 AMOLED |
Pemproses | Snapdragon 670 |
RAM | 4GB/6GB |
Storan | 64GB/128GB expandable via microSD up to 512GB |
Bateri | 7,040mAh |
Kamera Belakang | 13 MP, f/2.0, 26mm, 1/3.4″, 1.0µm, AF |
Kamera depan | 8MP, f/2.0, 26mm, 1/4.0″, 1.12µm |
Audio | Quad Speaker AKG |
Spesifikasi Tab S4
Dimensi | 249.3 x 164.3 x 7.1 mm |
Paparan | 10.5-inch 2560 x 1600 AMOLED |
Pemproses | Snapdragon 835 |
RAM | 4GB |
Storan | 64GB/256GB |
Bateri | 7,300mAh |
Kamera Belakang | 13MP (f/1.9) |
Kamera depan | 8MP |
Audio | Dual Speaker AKG + Sokongan Dolby Atmos |
Sebagai sebuah peranti multimedia, ia juga turut dibekalkan quad speakers oleh AKG dengan peningkatan tambahan Dolby Atmos. Dari segi fotografi, ia mempunyai kamera belakang f / 2.0 f / 2.0 manakala kamera depan pula di diupayakan dengan kamera 8MP f / 2.0. Ini juga merupakan tablet Samsung pertama yang didatangkan dengan Bixby 2.0 terbaru.
Galaxy Tab S5e juga diperkuasakan dengan bateri 7,040mAh yang mampu bertahan hingga 14.5 jam main semula video pada satu cas. Ia juga menyokong pengecasan cepat melalui USB-C. Ia difungsikan dengan Android 9 Pie dengan antara muka One UI terkini.
Tablet ultra-nipis juga mempunyai penyambung POGO yang boleh digunakan untuk menyambungkan dok pengecasan dan keyboard. Untuk produktiviti yang lebih besar, Tab S5e juga mempunyai Samsung DeX yang membolehkan anda merasai pengalaman seperti PC.
Reka bentuk tablet ini boleh dikatakan agak premium bukan hanya diperbuat dari logam tetapi juga memiliki reka bentuk bezel dan nipis. Ia seakan-akan Samsung Galaxy Tab S4 dengan spesifikasi sedikit rendah dan tanpa sokongan stylus samsung

Di Amerika Syarikat, Galaxy Tab S5e berharga AS $ 399 (kira-kira RM1,629), Ia juga hampir separuh harga Tab S4 yang lebih mahal diperkenalkan di Malaysia dengan harga RM3,099. Tablet ini terdapat dalam 3 pilihan warna – Hitam, Perak dan Emas. Menurut Samsung, tablet ini akan tersedia di Amerika Syarikat, Jerman dan pasaran terpilih lain yang bermula suku tahun kedua 2019.