MARHABAN YA RAMADHAN 1440H / 2019M

Media-Sosial

Google+ Ditamatkan Pada April 2019

Setelah Google+ mengalami kebocoran data, Google telah memutuskan untuk menutup versi pengguna rangkaian sosial empat bulan lebih awal daripada yang dirancang. Google+ kini akan ditutup kepada pengguna pada bulan April 2019, dan bukannya lagi pada bulan Ogos 2019. Di samping itu, akses API ke rangkaian akan ditutup dalam masa 90 hari akan datang.

Menurut Google, kelemahan pada sistem tersebut telah memberi kesan kepada 52.5 juta pengguna, yang mungkin mempunyai maklumat profil seperti nama, alamat e-mel, pekerjaan, dan umur yang terdedah kepada pembangun rangkaian tersebut walaupun akaun mereka ditetapkan secara peribadi. Aplikasi juga mampu mengakses data profil yang sepatutnya hanya boleh dikongsi dengan pengguna tertentu sahaja walaupun tidak dikongsi secara terbuka.

Pada bulan Oktober, kelemahan pada sistem Google+ yang sama telah dikesan ia telah mendedahkan data pengguna peribadi kepada pembangun sistem selama tiga tahun. Pepijat (Bug) pertama kali ditemui pada bulan Mac, tetapi tidak didedahkan secara terbuka sehingga bulan Oktober. Penemuan ini mengakibatkan kebimbangan kebocoran maklumat yang ketara. Sebagai tindak balas, Google mengumumkan rancangan untuk menutup versi pengguna Google+.

Google telah mengambil masa yang lama bagi menarik pengguna kepada rangkaian sosial ini dan kini ia terpaksa dirancang untu ditamatkan sistem tersebut. Kelemahan sistem yang yang ditemui sendiri oleh Google yang mengakibatkan kebocoran maklumat pengguna berlaku selama 6 hari iaitu diantara 7 hingga 13 November 2018.

“Dengan penemuan bug terbaru baru ini, kami telah memutuskan untuk mempercepat penutupan semua API Google+. Proses ini akan berlaku dalam tempoh 90 hari akan datang, ” ditulis oleh David Thacker, Naib presiden pengurusan projek Google di dalam blognya baru-baru ini. “Di samping itu, kami juga telah memutuskan untuk mempercepat penutupannya kepada pengguna Google+ daripada Ogos 2019 kepada April 2019. Walaupun kami menyedari ada implikasi pembangun sistem, kami ingin mengutama dan memastikan perlindungan kepada pengguna kami.”

Google menemui pepijat (bug) ini semasa prosedur ujian piawainya dan mengatakan bahawa “tidak ada bukti bahawa pemaju aplikasi yang secara tidak sengaja mempunyai akses selama enam hari itu dengan sedar atau disalah gunakannya.” Google menyatakan ia telah memaklumkan perkara itu kepada pengguna dan pelanggan Enterprise yang terlibat dengan masalah pepijat tersebut.

“Kami faham bahawa keupayaan kami untuk membina produk yang boleh dipercayai melindungi data anda mendorong kepada kepercayaan pengguna,” tulis Thacker. “Kami sentiasa mengambil serius perkara ini, dan kami terus melabur dalam program privasi kami.” Namun begitu Google masih merancang untuk meneruskan operasi Google+ sebagai produk Enterprise untuk syarikat yang melanggan perkhidmatan G Suitenya.

Related posts
Media-Sosial

Youtube: Komen Melibatkan Kanak-kanak Dihalang

Media-Sosial

Facebook Messenger: Mesej boleh dipadam dalam tempoh 10 minit

Media-Sosial

Facebook rancang gabungkan WhatsApp, Instagram dan Messenger

Media-Sosial

WhatsApp: Hanya boleh di'forward' kepada 5 individu bagi sekat berita palsu

Leave a Reply