Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

Instagram: Pemalsuan ‘like’ dan komen akan dikenakan tindakan

Instagram sebuah platform perkongsian foto baru-baru ini telah mengumumkan inisiatifnya untuk membasmi ‘like’ dan komen palsu. Syarikat itu mengatakan bahawa mereka telah membangunkan alat yang dapat mengenal pasti akaun yang menggunakan perkhidmatan dan aplikasi pihak ketiga bagi tujuan meningkatkan popularity sesuatu akaun itu dengan cara palsu.

Mana-mana akaun yang didapati melanggarnya akan diberi amaran dan diberitahu untuk menukar kata laluan mereka. Ini adalah satu langkah mengelakkan daripada maklumat salah, pengguna palsu serta aktiviti penipuan.

Sejak Instagram dilancarkan pada tahun 2010, Instagram telah menjadi media untuk para peminat dalam talian untuk mempromosi pelbagai produk atau pun perkhidmatan dan seringkali pula, dikenakan bayaran oleh pemegang akaun bagi tujuan tersebut.

Bayaran untuk bentuk pengiklanan ini sering dinaikkan bergantung kepada saiz penonton dan pengaruh pemilik akaun tersebut. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mediakix adalah begitu mudah mengaut keuntungan dengan pemalsuan populariti akaun Instagram.

Instagram yang dibeli oleh Facebook pada tahun 2012 dengan nilai 1 Bilion USD (£ 760m) dalam bentuk wang tunai dan stok, terus berkembang dalam tahun-tahun kebelakangan ini setelah melepasi satu bilion pengguna.

Sumber: Instagram

Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

1 Comment

Leave a Reply

Worth reading...
Facebook rancang gabungkan WhatsApp, Instagram dan Messenger
%d bloggers like this: