Terkini: Selamat Datang

DUIT

Jualan Singkat

Mungkin ada sudah pun dengar tentang sekumpulan pelabur runcit di AS bergabung menentang pelabur jualan singkat – dengan membeli saham syarikat GameStop dalam usaha meningkatkan semula harga sahamnya menyebabkan pelabur jualan singkat mengalami kerugian besar.

Apa itu jualan singkat?

Jualan singkat mengundang kontroversi – di mana pelabur jualan singkat menjangkakan bahawa saham Syarikat X akan terus menyusut lagi dipasaran.

Mereka mulanya meminjam saham Syarikat X, biasanya daripada broker. Mereka kemudiannya terus menjual saham yang baru dipinjamkan itu di pasaran dan berharap harga saham Syarikat X akan kemudiannya jatuh. Apabila itu terjadi, mereka dapat membeli semula saham Syarikat X pada harga yang lebih murah!

Mereka memulangkan kembali saham yang dipinjam daripada broker, sambil membuat keuntungan daripada perbezaan tadi.

Apa yang mungkin terjadi?

Pasaran tidak dapat dijangka – apabila harga saham meningkat, tidak seperti jangkaan si pelabur jualan singkat, mereka akan rugi apabila terpaksa membeli semula pada harga yang lebih tinggi untuk memulangkan saham yang dipinjam.

Dinamik pasaran antara AS dan Malaysia adalah berbeza dengan rangka kerja yang mantap tersedia bagi memastikan pasaran yang cekap, adil dan teratur. Sekiranya diperlukan, pihak pengawalatur akan mengambil langkah yang diperlukan untuk membendung amalan dagangan yang mengganggu dan menyalah guna pasaran.

Definisi Minggu Ini:

Jualan Singkat

Menjual saham yang dipinjam dengan harapan harganya kemudiannya akan jatuh.

Related posts
DUIT

Merancang Perbelanjaan Dengan Peraturan 50/30/20

DUIT

Apakah Maksud CCRIS?

DUIT

How to Make Money From a Website

Leave a Reply