
Samsung Galaxy Note dan Note 2 mendapat sambutan hangat apabila mula-mula di perkenalkan dahulu. Dengan pelbagai fungsi-fungsi yang inovatif menjadikan produk ini berada di kelasnya yang tersendiri. Antara fungsi yang benar-benar menonjol ialah penggunaan S-Pen. Tahukah anda bahawa S-Pen yang disertakan di dalam peranti ini menggunakan teknologi daripada Wacom?
Syarikat Wacom, yang berpengkalan di Saitama, Jepun itu lebih dikenali sebagai syarikat yang menghasilkan tablet lukisan untuk artis digital dan juga penggunaan yang lain. Kini, samsung telah memiliki beberapa peratus pegangan di dalam syarikat tersebut. Walaupun sekadar 5% ia tetap mampu memberi impak yang baik terhadap produk samsung ini.

Samsung yang berpengkalan di Korea telah membeli pegangan sebanyak 5% di dalam syarikat Jepun tersebut. Pihak Wacom menyatakan pelaburan ini akan digunakan dengan sepenuhnya bagi pembangunan produk serta mengeluarkan beberapa produk baru untuk Samsung. Nilai pelaburan tersebut adalah sebanyak USD 58 juta.
Dengan ini syarikat yang terkenal dengan stylus di dalam siri Galaxy Note dan juga tablet CIntiq ini akan dapat membangunkan produk-produk dengan teknologi yang lebih canggih untuk pengguna-pengguna tidak lama lagi.