Kategori: Dunia

Lada Terpedas Di Dunia

Lada yang paling pedas di Dunia ialah HP22B atau dikenali dengan nama gelarannya Carolina Reaper. Lada ini telah diakui oleh Guinness World Records sebagai lada yang paling pedas didunia sejak 2013 lagi setelah merampas gelaran tersebut yang disandang sebelumnya oleh Trinidad scorpion pepper.

Sehingga ke hari ini gelaran tersebut masih lagi tiada pencabarnya. Walaupun begitu banyak lagi jenis-jenis lada lain yang didakwa lebih pedas darinya tetapi tidak pernah dibuktikan dan diakui oleh Guinness World Records seperti Dragon’s Breath (2.48 juta SHU).

Carolina Reaper

Penanamnya ialah Ed Currie yang merupakan pengasas dan presiden kepada syarikat Puckerbutt Pepper di Fort Mill . Syarikat Lada Puckerbutt yang berpusat di South Carolina telah mencipta Carolina Reaper yang mempunyai kepedasan sebanyak 2.2 Juta SHU merupakan hibrid red habanero dengan Ghost pepper antara lada-lada yang pernah menjadi lada paling pedas di dunia.

Red Habanero + Ghost Pepper = Carolina Reaper

Bagaimana Rasanya

Rasa lada ini seperti kita makan buah yang pada gigitan pertama terasa manis dan selepas beberapa minit ia bertukar menjadi sangat pedas

SHU (Scoville Heat Unit) adalah merupakan unit ukuran kepedasan sesuatu makanan . Makanan pedas diukur dengan skala Scoville yang dinamakan sempena penciptanya Wilbur Scoville pada tahun 1912.

Skala ini adalah ukuran kepekatan capsaicin sejenis kompaun kimia yang merupakan komponen yang menghasilkan sensasi rasa pedas kepada manusia. Para saintis memisahkan capsaicinoids dari lada dan menggunakan kromatografi cecair untuk mengesan jumlah sebenar sebatian. Formula ini kemudian menukar bacaan ke skala Scoville.

admin @iwhozcom

Share
Oleh
admin @iwhozcom

Recent Posts

Samsung Galaxy M20 Hadir Di Malaysia Minggu Depan

Samsung Galaxy M20 akan tampil dengan paparan 6.3 inci (1080 × 2340) dengan nisbah aspek 19.5: 9. Pada kali ini…

% hari lalu

Apakah itu Arachnophobia?

Arachnophobia merupakan salah satu fobia yang biasa dialami. Arachnophobia merupakan adalah salah satu jenis daripada Zoophobia iaitu rasa takut terhadap…

% hari lalu

Nokia Tawarkan Diskaun Sehingga RM340

Berita baik buat peminat Nokia di luar sana . Kini Nokia sedang mengadakan jualan Grand Sale membariskan pelbagai model yang…

% hari lalu

Promosi Pelan Unifi Basic Tanpa Had Dilanjutkan lagi.

Pada bulan Januari lalu, TM telah menawarkan kuota yang tidak terhad untuk Pelan Unifi Basic yang berkelajuan 30Mbps . Harga…

% hari lalu

Perkongsian Unifi Mobile-Celcom Luaskan Lagi Liputan

Pelanggan-pelanggan Unifi Mobile tidak lama lagi akan dapat menikmati liputan 4G LTE yang lebih luas dan menyeluruh ini adalah kerana…

% hari lalu

Apakah Notch Pada Telefon?

Setiap tahun pelbagai model telefon Pintar diperkenalkan. Pengeluar telefon berlumba-lumba memperkenalkan model dengan gaya baru. Kesudahanya ia menjadi ikutan kepada…

% hari lalu

This website uses cookies.