Terkini: Selamat Datang

DUIT

Merancang Perbelanjaan Dengan Peraturan 50/30/20

Merancang Perbelanjaan Dengan Peraturan 50/30/20

Peraturan 50/30/20 adalah panduan untuk merancang perbelanjaan anda agar dapat bersiap-sedia menghadapi keadaan masa depan yang tidak boleh dijangka.

Perbelanjaan anda boleh dikelaskan kepada tiga:

  • Keperluan (50%)
  • Kehendak (30%)
  • Simpanan & Pelaburan (20%)

Keperluan

50% daripada pendapatan akan dibelanjakan untuk keperluan. Ini adalah perbelanjaan yang penting dan tidak dapat dihindari seperti rumah, makanan, pengangkutan, ubat-ubatan, dan bil utiliti. Apa sahaja yang diperlukan untuk kelangsungan hidup akan dikelaskan di bawah kategori ini.

Kehendak

30% dibelanjakan untuk kehendak anda. Membezakan antara keperluan dan kehendak tidaklah semudah itu. Kehendak adalah apa-apa sahaja yang “lebih” dan biasanya melibatkan sesuatu yang anda lakukan bukan untuk kelangsungan hidup. Contohnya membeli-belah, melancong, hobi dan keahlian gimnasium.

Pelaburan

Selebihnya (20%) adalah untuk simpanan (termasuk caruman persaraan anda), pelaburan dan untuk membayar hutang. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kusyen keselamatan kewangan yang lebih selesa pada masa hadapan.

Peratusan pada peraturan 50/30/20 tidak tetap – ia hanya sebagai panduan umum untuk membantu membuat anggaran belanjawan anda. Anda boleh menetapkan peratusan yang sesuai dengan keperluan sendiri untuk mencapai matlamat kewangan anda

Sumber: raiz.com.my

Related posts
DUIT

Jualan Singkat

DUIT

Apakah Maksud CCRIS?

DUIT

How to Make Money From a Website

Leave a Reply