Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

Nokia 9 PureView Dengan 5 Kamera Utama

Nokia 9 PureView yang kini dikenali sebagai Nokia 9 mempunyai badan aluminium (6000-series aluminum) yang diapit oleh Gorilla Glass 5 di bahagian depan dan belakang. Terdapat skrin POLED 5.99 inci di hadapan dengan resolusi 2K, dan tidak mempunyai notch .Terdapat bezel yang nipis di bahagian atas dan bawah paparan. Nokia 9 hanya didatangkan dengan warna biru sahaja.

Di bahagian belakangnya tertera perkataan Android one yang menandakan telefon ini menggunakan stok Android (Android 9 Pie pada masa ini), yang bersih dan rapi tanpa bloatware. Nokia 9 akan mendapat kemaskini versi selama dua tahun, serta kemaskini keselamatan selama tiga tahun. Ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 845 Qualcomm, yang mungkin agak mengecewakan sedikit.

  • 5.99-inch 2K POLED HDR10 PureDisplay
  • Qualcomm Snapdragon 845 SoC
  • Lima kamera 12-megapixel di belakang (2 RGB, 3 B+W)
  • 20-megapixel Kamera Hadapan
  • Storan 128GB tanpa sokongan MicroSD
  • Qi/PMA pengecasan tanpa wayar
  • 6GB RAM
  • 3320mAh Bateri
  • Android 9.0 Pie

Terdapat 6GB RAM, penyimpanan dalaman 128GB, tetapi tiada slot kad MicroSD. Juga tiada earphone jack, jadi hanya bergantung kepada earphone  USB-C atau  headphone tanpa wayar. Pengimbas cap jari berada di bawah kaca di hadapan, sama seperti OnePlus 6T. Nokia 9 mempunyai penarafan IP67 iaitu kalis air yang melindungi sekelilingnya.

Baterinya mempunyai kapasiti 3,320mAh, dengan sokongan untuk pengecasan tanpa wayar Qi. Kamera depan 20 megapixel, dengan teknologi pengenalan wajah dikuasakan oleh kecerdasan buatan proprietari HMD. Malangnya, hanya untuk membuka kunci telefon dan tidak boleh digunakan untuk mengesahkan pembayaran atau mengakses aplikasi perbankan.

Nokia 9 PureView mempunyai lima kamera di belakangnya. Ia menggunakan optik Zeiss dengan teknologi yang dikuasakan oleh Light. Untuk pengetahuan anda Light adalah syarikat yang membuat kamera dengan 16 kanta – L16.  Kameranya rata di bahagian belakang tidak seperti kamera yang terdapat pada iPhone XS yang terbonjol keluar.

Lima kamera di bahagian belakang tidak boleh digunakan secara individu – sebaliknya, ia merakam foto dengan serentak dan menyusunnya semula untuk foto yang lebih banyak maklumat. Lebih banyak maklumat dari sensor ini menghasilkan foto yang lebih terperinci. Kesemua kamera hadir dengan 12 megapiksel dengan aperture f / 1.8. Di tengah dan di bawahnya adalah sensor RGB (warna), dan tiga luar lagi adalah sensor monokrom (hitam-putih).

Kelima-lima sensor akan merakamkan gambar setiap kali anda merakam gambar. Lebih banyak sensor, bermakna lebih banyak detail yang dirakam. Sensor monokrom lebih sensitif dengan cahaya; noise yang lebih rendah. Terdapat satu sensor tambahan yang digunakan untuk tujuan “depth mapping”. Bokeh pula boleh dilaras selepas imej dirakam.

Sebab mengapa Nokia 9 disasarkan kepada jurugambar adalah kerana ia merakam fail RAW DNG bersama JPEG. RAW bermaksud saiz fail yang lebih besar kerana ia bukan foto yang dimampatkan, yang membolehkan imej yang lebih berkualiti. Anda boleh menyesuaikan lebih banyak aspek daripada yang anda boleh dengan JPEG.

Foto Google, aplikasi galeri asal dalam Nokia 9, mempunyai sokongan RAW yang terhad, tetapi yang paling menarik model ini didatangkan dengan Adobe Lightroom, kerjasama bersama Adobe dan disertakan dengan profil lensa untuk tujuan “lens correction” dalam Lightroom. Pengguna boleh memuat turun Adobe Lightroom dari Play Store yang memberikan anda lebih banyak kawalan untuk mengedit imej RAW.

Adobe juga akan mengeluarkan kemas kini ke aplikasi mudah alih Lightroom supaya ia menyokong profil lima kamera Nokia 9 yang akan menawarkan kualiti imej yang lebih baik dan kawalan yang lebih mantap.

Akan mula dijual pada bulan Mac dengan harga USD 699 di US. Manakala harga dan bila dipasarkan di Malaysia belum di umumkan lagi

Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

Leave a Reply