
Sempena Tahun Baru Cina ini yang makin hampir, XOX yang terkenal dengan pelan-pelan Pembaziran Sifar kini sekali lagi memperkenalkan pelan terbarunya iaiti B39PLUS20. Pelan B39PLUS20 ini menawarkan 12GB data serta panggilan tanpa had dan 100 SMS dengan bayaran hanya RM59/bulan.
Dinamakan B39PLUS20 mungkin kerana ia hampir menyerupai pelan B39 tetapi dengan tambahan RM 20 (Plus20) lagi menjadikan pelan ini lebih menarik iaitu di pertingkatkan lagi data kepada 12GB berserta panggilan tanpa had juga dan 100SMS pada harga RM59 sahaja.
Namun begitu tawaran ini hanya dibuka sehingga 28 Februari 2019. Bagi pengguna sedia ada, mereka boleh bertukar ke pelan tawaran ini menerusi laman self-care atau dengan menghantar SMS “GETB39PLUS20” ke 23388.

Pelan OneXOX Black ialah pelan pembaziran sifar. Ini kerana ia membolehkan pengguna membawa ke bulan hadapan, mana-mana panggilan, SMS dan data yang tidak habis digunakan. Selagi mana talian masih aktif. Menerusi FAQ di laman web XOX, ia menyatakan pengguna boleh membawa ke hadapan data internet yang tidak habis, sehingga maksima 100GB.
Jika data kehabisan dan perlukan data tambahan, pengguna boleh membeli data 1GB berharga RM10, 2GB RM18 atau 5GB RM40. Untuk maklumat lanjut, layari laman web OneXOX Black. Dapatkan segera sebelum 28 Februari 2019
