Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

ONEXOX BLACK Kini e-SIM

XOX Mobile mula melancar e-sim iaitu perkhidmatan tanpa kad SIM fizikal. Perkhidmatan berasaskan e-SIM ini dilancarkan melalui pelan ONEXOX Black dengan menawarkan panggilan suara dan data pada harga serendah RM39 tanpa kad SIM fizikal.

e-SIM atau embedded-SIM ialah cip elektronik yang telah siap dipasang di dalam telefon. Dengan eSIM, kita tidak lagi memerlukan SIM kad fizikal yang dimasukkan ke dalam slot SIM Kad. Kita hanya memerlukan Perkhidmatan dari operator telekomunikasi yang menyokong fungsi eSIM ini.

Sebagai permulaan terdapat 4 pelan yang ditawarkan. Iaitu B39, B59e, B89, dan B149

Pelan B39

  • RM39.
  • Data berkelajuan tinggi sebanyak 8GB.
  • Panggilan suara selama 50 min.
  • 50 SMS.

Pelan B59e – eSIM SPECIAL

  • RM59.
  • Data berkelajuan tinggi sebanyak 12GB.
  • Panggilan suara Tanpa Had.
  • Percuma 3GB extra.
  • 100 SMS.

Pelan B89

  • RM89.
  • Data berkelajuan tinggi sebanyak 18GB.
  • Panggilan suara selama 200 min.
  • 200 SMS.

Pelan B149

  • RM149.
  • Data berkelajuan tinggi sebanyak 30GB.
  • Panggilan suara selama 300 min.
  • 300 SMS.

Setakat ini XOX eSIM hanya menyokong telefon pintar yang di bawah sahaja:

  • iPhone XR
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPad Pro (2018)
  • Google Pixel 3 XL
  • Google Pixel 3
  • Google Pixel 2XL
  • Google Pixel 2

Perlu diingatkan Pelan berasaskan e-SIM hanya di buka kepada pendaftaran baru sahaja. Buat masa ini tiada lagi pilihan untuk bertukar dari simkad fizikal ke e-SIM disediakan. Begitu juga dengan MNP dari telco lain ke e-SIM XOX belum lagi tersedia.

Proses pendaftaran adalah mudah dan ringkas kesemuanya akan berlaku secara online. Apa yang diperlukan ialah salinan kad pengenalan anda dan bayar mengikut pilihan pelan anda.

Anda akan menerima e-mel mengandungi kod QR. Di bahagian Setting iPhone, cari pilihan Add Data Plan dan imbas kod QR tersebut bagi tujuan pengaktifan eSIM anda.

Untuk penjelasan lebih lanjut berkenaan e-SIM XOX sila layari eSIM XOX Black.

Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

Leave a Reply