
Pengguna lama Hotmail, MSN dan lain-lain e-mel perkhidmatan Microsoft akan mula perasan perubahan besar. Apabila mereka mendaftar masuk untuk memeriksa mesej, mereka akan dibawa kepada perkhidmatan baru yang dipanggil Outlook.com.
Anda mungkin berfikir, bukankah Outlook adalah perisian Microsoft untuk kegunaan e-mel Microsof Office? Memang betul, tetapi Microsoft kini menggunakan jenama tersebut, untuk perkhidmatan email peribadi berasaskan berasaskan web pula.

Outlok.com mula diperkenalkan secara rasmi pada hari selasa baru-baru ini. Microsoft merancang untuk membelanjakan jutaan dolar bagi tujuan pengiklanan perkhidmatan baru ini. Bagi mereka yang sedia ada menggunakan perkhidmatan e-mail dari Microsoft, mereka akan dapati akaun mereka telah berubah ke wajah baru.
Bagi mereka yang masih belum mempunyai email atau kepada mereka yang perlu menambah akaun baru inilah masanya untuk mendapatkan ‘username’ yang sesuai dengan anda memandangkan ia baru sahaja diperkenalkan.

Diantara ciri-ciri menarik pada email baru ini ialah:
1- Tiada had saiz fail (jenis)
Outlook.com mempunyai had lampiran 300MB, tetapi pengguna yang ingin menghantar lebih kandungan yang besar boleh berbuat demikian dengan lancar dengan platformpenyimpanan SkyDrive Microsoft (cloud storage platform). Google mempunyai platformyang sama tetapi ia tidak begitu bersepadu ke dalam Gmail.
2- Integrasi dengan Office
Pengguna boleh membuka dokumen word, excell dan lain terus daripada email tanpa perlu meninggalkan outlook.com
3- Sambungan sosial -Social connectivity
Outlook.com membolehkan anda sync dengan Facebook, Twitter, Google, dan akaun Skype. Malah tidak mustahil untuk ‘mencucuk’ (Poke) rakan-rakan anda, retweet sesuatu, dan menulis di ‘wall’ sepanjang hari, tanpa meninggalkan muka Outlook.com.
3- Sambungan sosial -Social connectivity
Outlook.com membolehkan anda sync dengan Facebook, Twitter, Google, dan akaun Skype. Malah tidak mustahil untuk ‘mencucuk’ (Poke) rakan-rakan anda, retweet sesuatu, dan menulis di ‘wall’ sepanjang hari, tanpa meninggalkan muka Outlook.com.

Bukan itu sahaja ciri-cirinya. Jika ingin tahu dengan lebih dekat apakata,alaminya sendiri, buka akaun anda yang berwajah baru itu atau daftar sahaja yang baru di outlook.com.