Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

Pelan Cun Value 70GB Data Dari TuneTalk

Pek Prabayar Value telah diperkenalkan oleh TuneTalk pada bulan April lepas dengan tawaran yang menarik dan sukar dilepaskan. Kini TuneTalk sekali lagi memeriahkan tawaran mereka dengan memperkenalkan Pelan Cun Value. Apa Yang menariknya dengan pelan ini?

Pelan terdahulu dengan bulanan RM48 menawarkan pelanggan dengan kuota 10GB data berkelajuan tinggi manakala 40GB data khas untuk video seperti youtube dll. Kini data khas untuk video dinaikkan kuota menjadi 60GB

Keseluruhanya jika ditambah dengan 10GB kuota data berkelajuan tinggi menjadikan jumlah data kepada 70GB sebulan dengan harga yang sama iaitu RM48 sebulan

Namun begitu pelan terbaru ini mengubah data video khas dari kuota bulanan kepada kuota harian. Dahulunya penggunaan 40GB data video bagi sebulan, kini pengguna akan menerima 2GB data video bagi setiap hari, menjadikan jumlah terkumpul 60GB bagi tempoh 30 hari.

Pelan bulanan RM48 terbaru ini juga menawarkan keistimewaan seperti pelan bulanan RM48 terdahulu seperti pek Chat, Social dan Music tanpa had secara percuma, serta panggilan tanpa had ke semua talian. Turut juga disertakan dengan 10GB data internet yang berguna sekiranya data berkelajuan tinggi telah habis.

Untuk pelan RM28 pula, masih menerima 6GB data berlajuan tinggi dan manakala data khas video ditingkatkan dari 6GB kepada 15GB sebulan. Data video ini turut juga dipecahkan kepada 500MB sehari.

Pelan RM28 ini seperti juga pelan yang lalu juga menerima panggilan tanpa had ke talian TuneTalk pek Chat dan Social tanpa had. Kuota internet asas 10GB juga tersedia. Data tambahan booster 10GB boleh didapati dengan nilai RM10 bagi menambah data internet berkelajuan tinggi.

Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

Leave a Reply