Kategori: Telco

Pelan Cun Value 70GB Data Dari TuneTalk

Pek Prabayar Value telah diperkenalkan oleh TuneTalk pada bulan April lepas dengan tawaran yang menarik dan sukar dilepaskan. Kini TuneTalk sekali lagi memeriahkan tawaran mereka dengan memperkenalkan Pelan Cun Value. Apa Yang menariknya dengan pelan ini?

Pelan terdahulu dengan bulanan RM48 menawarkan pelanggan dengan kuota 10GB data berkelajuan tinggi manakala 40GB data khas untuk video seperti youtube dll. Kini data khas untuk video dinaikkan kuota menjadi 60GB

Keseluruhanya jika ditambah dengan 10GB kuota data berkelajuan tinggi menjadikan jumlah data kepada 70GB sebulan dengan harga yang sama iaitu RM48 sebulan

Namun begitu pelan terbaru ini mengubah data video khas dari kuota bulanan kepada kuota harian. Dahulunya penggunaan 40GB data video bagi sebulan, kini pengguna akan menerima 2GB data video bagi setiap hari, menjadikan jumlah terkumpul 60GB bagi tempoh 30 hari.

Pelan bulanan RM48 terbaru ini juga menawarkan keistimewaan seperti pelan bulanan RM48 terdahulu seperti pek Chat, Social dan Music tanpa had secara percuma, serta panggilan tanpa had ke semua talian. Turut juga disertakan dengan 10GB data internet yang berguna sekiranya data berkelajuan tinggi telah habis.

Untuk pelan RM28 pula, masih menerima 6GB data berlajuan tinggi dan manakala data khas video ditingkatkan dari 6GB kepada 15GB sebulan. Data video ini turut juga dipecahkan kepada 500MB sehari.

Pelan RM28 ini seperti juga pelan yang lalu juga menerima panggilan tanpa had ke talian TuneTalk pek Chat dan Social tanpa had. Kuota internet asas 10GB juga tersedia. Data tambahan booster 10GB boleh didapati dengan nilai RM10 bagi menambah data internet berkelajuan tinggi.

admin @iwhozcom

Recent Posts

Samsung Galaxy M30s

Samsung Galaxy M30s merupakan telefon pintar terbaru yang akan dilancarkan oleh Samsung. Telefon ini dikhabarkan akan tampil dengan paparan skrin…

% hari lalu

Samsung Galaxy A10s

Samsung Galaxy A10s kini boleh didapati di Malaysia. Pada asasnya, ia adalah versi yang telah dipertingkatkan dari Galaxy A10 .…

% hari lalu

Lada Terpedas Di Dunia

Lada yang paling pedas di Dunia ialah HP22B atau dikenali dengan nama gelarannya Carolina Reaper. Lada ini telah diakui oleh…

% hari lalu

Samsung Galaxy M20 Hadir Di Malaysia Minggu Depan

Samsung Galaxy M20 akan tampil dengan paparan 6.3 inci (1080 × 2340) dengan nisbah aspek 19.5: 9. Pada kali ini…

% hari lalu

Apakah itu Arachnophobia?

Arachnophobia merupakan salah satu fobia yang biasa dialami. Arachnophobia merupakan adalah salah satu jenis daripada Zoophobia iaitu rasa takut terhadap…

% hari lalu

Nokia Tawarkan Diskaun Sehingga RM340

Berita baik buat peminat Nokia di luar sana . Kini Nokia sedang mengadakan jualan Grand Sale membariskan pelbagai model yang…

% hari lalu

This website uses cookies.