Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

Pelan Pascabayar Baru Unifi Mobile Serendah RM19

TM Unifi mula mendedahkan apa yang di sifatkan sebagai khabar baik yang akan diumumkan pada 13 Disember melalui hebahan media sosialnya tempoh hari dengan memperkenalkan beberapa lagi pelan pascabayar unifi mobile terbaru mereka.Pelan pascabayar tersebut boleh dilanggan dengan harga permulaan serendah RM19 sehinggalah RM59 untuk menjadi pilihan kepada pelanggan.

Empat pilihan pelan yang boleh dinikmati adalah seperti dibawah:

Pakej-pakej yang diperkenalkan diatas tidak terikat dengan sebarang kontrak dan ia sudah mula ditawarkan bermula hari ini. Namun begitu untuk pendaftaran, bayaran pendahuluan untuk pakej-pakej tersebut diperlukan iaitu RM 50 (untuk pelan RM19, RM29, RM39) dan RM100 (untuk pelan RM59).


Pada masa yang sama TM juga kini telah membuka pelan unifi Mobile 99 kepada semua dan tidak lagi terhad untuk pelanggan sedia ada dengan masih menawarkan panggilan dan data tanpa had.

Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

Leave a Reply