Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

Pengguna Streamyx Dinaik Taraf Ke Unifi Sepenuhya Menjelang Mac 2019 – Tiada Perancangan Turun Harga Streamyx

Kerajaan menyasarkan untuk menaik taraf semua perkhidmatan pengguna Streamyx kepada Unifi melalui Telekom Malaysia (TM) menjelang Mac tahun depan. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata ketika menjawab soalan Senator Ismail Ibrahim yang ingin tahu langkah kerajaan menangani masalah gangguan Streamyx dan mengimbangi kos yang tinggi oleh pelanggan Streamyx berbanding kapasiti langganan data bagi pengguna luar bandar.

Menurut beliau lagi perkhidmatan itu sedang dinaik taraf secara berperingkat dengan syarat pengguna berada di dalam kawasan yang mempunyai capaian Unifi. Sekiranya pengguna berada di luar kawasan atau belum mempunyai capaian Unifi, maka alternatif yang ditawarkan ialah kelajuan Streamyx mereka akan dinaik taraf sehingga 8 Mbps atau bakal menerima capaian 4G LTE. Semua naik taraf ini adalah secara percuma tanpa melibatkan apa-apa kos tambahan katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Mengenai penurunan harga streamyx pada masa ini kerajaan masih lagi tiada rancangan untuk mengurangkan harga tersebut. Isu harga streamyx yang tidak masuk akal tersebut mencetuskan kemarahan kepada pengguna-penguna streamyx yang tidak dapat dinaikkan taraf kepada unifi yang jauh berkelajuan tinggi dengan harga yang lebih murah disebabkan tidak termasuk kawasan liputan unifi.

Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

Leave a Reply

Worth reading...
TM Jelaskan Naik Taraf Pengguna Streamyx Ke Unifi