Selamat Datang

Peristiwa

Peperangan Okinawa 1945

Peperangan Okinawa yang berlaku pada tahun 1945 dalam Perang Dunia II adalah merupakan pertempuran antara pasukan Marin dan Tentera Darat A.S. dengan Tentera Darat Imperial Jepun. Peperangan ini tercetus di Pulau Okinawa yang merupakan pulau terbesar di Kepulauan Ryuku di Jepun. Okinawa terletak hanya 350 batu (563 km) di selatan Kyushu.

Serangan ke atas Okinawa pada 1 April 1945, merupakan serangan amfibia terbesar dalam Perang Pasifik semasa Perang Dunia II. Pertempuran tersebut adalah salah satu daripada perang paling dahsyat Dalam Perang Pasifik.

Pertempuran yang berlangsung selama 82 hari bermula dari 1 April sehingga 21 Jun 1945 telah meragut lebih dari 12000 tentera Amerika dan seramai 100000 tentera Jepun termasuk Jeneral tentera dari kedua-dua pihak. Di samping itu, sekurang-kurangnya 100,000 orang awam terbunuh dalam pertempuran atau diperintahkan membunuh diri oleh tentera Jepun. Pertempuran ini disebut sebagai “taufan besi” dalam bahasa Inggeris, dan tetsu no ame (“hujan besi”) atau tetsu no bōfū (“angin ganas”) dalam bahasa Jepun.

Kapal A.S. mendarat di pantai barat daya pulau Okinawa pada bulan April 1945

Orang awam terpaksa membunuh diri setelah mereka percaya dengan dakwaan tentera jepun sekiranya mereka ditawan oleh tentera Amerika kaum wanita akan diperlakukan sewenang-wenangnya manakala orang lelaki akan disiksa dan dibunuh dengan kejam. Dari situlah berlaku pelbagai episod tragis. Ibu bapa rela membunuh anak-anak gadis mereka daripada di tawan tentera Amerika. Di masa yang sama orang awam turut dibekalkan bom tangan bagi tujuan membunuh diri.

Bagi pihak Amerika, Okinawa merupakan batu loncatan bagi mengalahkan Empayar Jepun. Kejayaan pendaratan di Pulau Okinawa oleh tentera Amerika telah menyediakan satu pangkalan udara dan kemudahan angkatan laut yang membolehkan serangan dengan mudah ke pulau besar Jepun itu dilakukan.

Bagi pihak Jepun pula, penubuhan pengkalan “musuh” yang sangat dekat dengan pusat kerajaan akan menjejaskan kemampuan angkatan bersenjata mereka untuk mempertahankan tanah air. Kejatuhan pulau itu juga akan menghalang aliran penting petroleum ke Jepun dari Borneo, Sumatra, dan Burma.

Dalam operasi ketenteraan laut semasa pertempuran tersebut, kedua-dua belah pihak kehilangan banyak kapal dan pesawat, di situ jugalah berakhirnya riwayat Kapal perang jepun yang terbesar Yamato ditewaskan.

Kapal perang jepun yang terbesar Yamato 

Amerika menganggap Okinawa sebagai salah satu kemenangan terbesar mereka semasa kempen Pasifik, tetapi harga yang terpaksa dibayar oleh kedua belah pihak sangat besar. Jumlah korban Amerika berjumlah 12,000 terbunuh dan 36,000 cedera. Buckner, komander darat A.S., terbunuh dalam serangan pada 18 Jun semasa membuat lawatan di sana. Beliau adalah pegawai A.S. yang paling tertinggi yang terbunuh Perang Dunia II. Pada 22 Jun, Ushijima, komander Jepun, dan ketua kakitangannya, Lieut. Jenderal Cho Isamu, melakukan ritual bunuh diri (seppuku) daripada menyerah diri kepada tentera Amerika.

Related posts
Peristiwa

Projek Manhattan: Bermulanya Sebuah Kemusnahan

Peristiwa

Hiroo Onoda Menyerah Selepas 29 Tahun Jepun Menyerah Kalah

Peristiwa

10 Fakta Pengeboman Hiroshima Dan Nagasaki

Peristiwa

Pengeboman Hiroshima Dan Nagasaki

Leave a Reply

Worth reading...
Eddie Adams: Foto Yang Disalah Erti