Terkini: Selamat Datang

DUNIA

Perbezaan Asteroid dan Meteroid

Tiga hari yang lalu kita dikejutkan dengan 2 peristiwa dari angkasa lepas. Kita lihat bagaimana kemusnahan kecederaan yang berlaku di Russia yang hanya di sebabkan 49 kaki meteor atau yang biasa kita sebut tahi bintang terhempas di sana.

Pada masa yang sama kita juga dikejutkan dengan sebiji asteroid iaitu DA 14 yang hampir-hampir mencium bumi malah dikatakan asteroid tersebut menghampiri bumi dengan jarak yang sama satelite komunikasi yang terapung di ruang angkasa bumi.

Armageddon (1998) sebuah filem yang watak utamanya Bruce Willis turut dimainkan di sebuah stesyen Tv pada hari sebelumnya seolah-olah seperti tahu asteroid itu akan datang.

Dari 2 peristiwa tersebut ada 2 objek yang kita sebut selalu sebut dan adakalanya tersilap sebut iaitu Asteroid dan Meteor. Apa beza antara keduanya.

Asteroid


Asteroid

Asteroid kadangkala dipanggil planet kecil atau planetoid. Ia adalah sebuar solar sistem yang kecil mengelilingi Matahari. Terdapat puluhan ribu asteroid di lingkaran asteroid utama antara Marikh dan Musytari. Ia adalah kecil daripada planet tetapi lebih besar daripada meteoroid, bermakna,  besar asteroid boleh terdiri daripada beberapa meter sehingga beratus-ratus km lebar. Secara umumnya, asteroid adalah batu yang tidak mempunyai atmosfera, walaupun begitu ada juga yang mempunyai kandungan logam yang tinggi. Malah beberapa asteroid mempunyai bulan mereka sendiri.


Meteorite

Meteorite adalah apa-apa objek yang memasuki ruang atmosphere apa-apa objek lain yang berjaya terhempas ke permukaannya dengan selamat. Dengan kata lain meteorite bermula daripada batuan-batuan atau serpihan-serpiahan yang terapung di angkas lepas yang di panggil meteroid. Kemudiannya bertukar menjadi meteor apabila ia jatuh ke atmosphere sesebuah planet. Akibat dari kelajuan dan geselan dengan atmosphere bumi menyebabkan ia kelihatan berekor dengan nyalaan yang sangat terang. Setelah terhempas ke Bumi atau mana-mana planet lain objek yang masih tinggal dan terselamat itu dipanggil meteorite.

Lebih kurang begitulah bezanya. Tetapi adakalanya sisa asteroid yang terhempas ke sesuatu atmosphere Planet lain juga dikira sebagi meteorite. Jika ada yang mempunyai penjelasan lain bolehlah tambah-tambah komen di bawah.

Related posts
DUNIA

Lada Terpedas Di Dunia

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply