
Pada bulan Januari lalu, TM telah menawarkan kuota yang tidak terhad untuk Pelan Unifi Basic yang berkelajuan 30Mbps . Harga pada RM79 sebulan, Pelan Unifi Basic pada asalnya hanya menyediakan 60GB kuota setiap bulan. Kini TM sekali lagi telah mengumumkan untuk melanjutkan lagi promosi tersebut. Pengguna-pengguna pelan tersebut boleh terus menikmati kuota yang tidak terhad sehingga akhir bulan ini.

Menurut email terkini yang dikirimkan kepada pelanggan-pelanggan mereka, pelanggan sedia ada Pelan Unifi Basic boleh menikmati kuota yang tidak terhad sehingga 31 Mac 2019 ini. Namun begitu, mereka juga mengesyorkan agar beralih kepada pelan 100Mbps yang lebih tinggi (RM129 / bulan) jika ingin terus menikmati kuota tanpa had yang juga akan berpeluang untuk memenangi peraduan perjalanan ke UK untuk dua orang.

Promosi kuota tanpa had bagi Pelan Unifi Basic juga ditawarkan kepada pelanggan baru namun begitu ia juga sah sehingga akhir bulan Mac 2019. Namun diharapkan agar promosi ini akan terus dilanjutkan tempoh atau terus dijadikan pelan yang kekal bagi bersaing dengan MaxisONE Home Fibre broadband yang kini dengan dengan 30Mbps tanpa had pada RM89 sebulan sahaja.