
Adakalanya Produk sesuatu syarikat lebih dikenali berbanding nama syarikat itu sendiri. Itulah yang sering berlaku kepada syarikat-syarikat yang tidak menggunakan nama syarikat sebagai ‘signature’ jenama kepada produk mereka sendiri. Jika disebut Research In Motion Ltd atau pun RIM tentu kebanyakkan pengguna tidak mengenalinya.
Jika disebut Nokia, Samsung atau pun Motorola tentu yang dibayangkan adalah Telefon Mudah Alih ataupun tablet. Itulah yang membezakan pengeluar BlackBerry diantara peneraju ‘smartphone’ dan ‘ tablet’ ini. RIM adalah sebuah syarikat dari Canada yang diasaskan oleh Mike Lazaridis pada tahun 1984 dan kini berpengkalan utamanya di Waterloo, Ontario, Canada.
RIM yang mula-mula menggunakan nama BlackBerry untuk produknya pada tahun 1999 (BlackBerry 850 pager) kini mula menukarkan nama syarikatnya Research In Motion Ltd kepada BlackBerry itu sendiri yang merupakan ‘signature product’ bagi syarikat tersebut.
Menurut Thorsten Heins yang merupakan CEO kepada RIM, penukaran kepada BlackBerry menandakan satu permulaan baru buat syarikat tersebut. Pengumuman ini telah dibuat semasa pelancaran produk terbarunya BlackBerry 10 smartphones pada 30 Jan 2013 baru-baru ini.
Namun begitu ia mengecewakan pelabur-pelabur apabila mengetahui BlackBerry 10 smartphones hanya akan dipasarkan di US bermula March ini. Sebelum ini BlackBerry 10 smartphones dirancang untuk dipasarkan pada 2011 namun di atas masalah ‘operating system’ ia telah tertangguh sebanyak dua kali.
