
Samsung Galaxy A10s kini boleh didapati di Malaysia. Pada asasnya, ia adalah versi yang telah dipertingkatkan dari Galaxy A10 . Model bajet ini menawarkan lebih banyak kamera beserta bateri yang lebih besar.
Samsung Galaxy A10s dikuasakan oleh pemproses okta 1.5GHz. Ia dilengkapi dengan 2GB RAM. Samsung Galaxy A10s menggunakan Android 9 Pie dan dijana oleh bateri 4,000mAh.

Samsung Galaxy A10s di belakangnya dilengkapi kamera utama 13 megapiksel dengan aperture f / 1.8 dan kamera keduanya dengan 2 megapiksel mempunyai aperture f / 2.4. kamera-kamera dibahagian belakang ini turut mempunyai fungsi autofocus. Manakala bahagian hadapan dilengkapi kamera 8 megapixel dengan aperture f / 2.0. bagi tujuan selfie.

Samsung Galaxy A10s menjalankan One UI berdasarkan Android 9 Pie. A10s tampil dengan 32GB storan dalaman yang boleh ditingkatkan kapasiti melalui kad microSD (sehingga 512GB) dengan slot khusus. Samsung Galaxy A10s adalah telefon pintar dwi-SIM (GSM dan GSM) yang menerima kad Nano-SIM dan Nano-SIM.
Pilihan sambungan pada Samsung Galaxy A10 termasuk Wi-Fi, GPS, 3G, dan 4G (dengan sokongan untuk Band 40). Sensor pada telefon termasuk sensor pecutan dan sensor cap jari. Samsung Galaxy A10s menyokong face unlock. Samsung Galaxy A10s berukuran 156.90 x 75.80 x 7.80mm (ketinggian x lebar x ketebalan) dan berat 168.00 gram.

Di Malaysia, Galaxy A10s secara rasmi dijual pada harga RM529 dan ia dilancarkan dalam warna Biru, Hijau, Merah, dan Hitam. Untuk maklumat lanjut lagi sila lawati halaman rasmi Samsung Malaysia