
Samsung Galaxy M20 akan tampil dengan paparan 6.3 inci (1080 × 2340) dengan nisbah aspek 19.5: 9. Pada kali ini model samsung ini hadir dengan paparan “Infinity-V” teardrop, bentuk notch yang berlainan iaitu berbentuk V. Ia merupakan model pertama samsung yang menampil notch seperti ini.
Galaxy M20 dikuasakan dengan pemproses 14nm Exynos 7904 Octa Mali-G71 MP2 yang dilengkapi sama ada 3GB atau 4GB RAM. Galaxy M20 mempunyai penyimpanan dalaman sehingga 64GB dan boleh dipertingkatkan lagi penyimpanan melalui Kad microSD sehingga 512GB. Agak mengecewakan sedikit M20 hadir dengan Android 8.1 Oreo. Jadi anda perlu bersabar untuk menanti kemaskini kepada Pie.
M20 Mempunyai pengimbas cap jari di bahagian belakang. Bateri untuk model ini agak besar dengan kapasiti 5,000mAh yang mampu berperanan dalam jangkamasa yang panjang memberi nilai tambah yang yang baik bagi telefon bajet rendah. Ia juga menyokong pengecasan pantas 15W melalui USB-C

Di bahagian belakang dilengkapi dengan kamera utama 13 MP f / 1.9 dan kamera 5MP ultra-wide-angle. Sementara di bahagian depan dengan satu kamera 8MP f/2.0. Peranti ini juga mendapat peningkatan audio Dolby Atmos dan ia menyokong pensijilan Widevine L1 yang membolehkan streaming video HD.
Di India, Galaxy M20 dilengkapi 3GB RAM beserta storan dalaman 32GB berharga 10,990 INR (kira-kira RM638) manakala versi yang lebih tinggi dengan RAM 4GB beserta 64GB berharga 12,990 INR (kira-kira RM761).

Samsung Galaxy M20 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 mac 2019 ini. Menurut Samsung Malaysia Galaxy M20 akan dipasar secara ekslusif hanya dalam talian dengan kerjasama shopee.