Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

Samsung Galaxy M30s

Samsung Galaxy M30s merupakan telefon pintar terbaru yang akan dilancarkan oleh Samsung. Telefon ini dikhabarkan akan tampil dengan paparan skrin sesentuh 6.40 inci pada resousi FHD+. serta menggunakan panel sAMOLED yang tentunya menyumbang pada kecekapan penggunaan tenaga pada telefon pintar ini. Samsung Galaxy M30s yang dikuasakan dengan Android 9 Pie ini dijangka akan dijanakan dengan bateri 6,000mAh. Ia juga akan menyokong pengecasan pantas (proprietary fast charging.)

Terdapat khabar menyatakan  Samsung Galaxy M30s akan hadir dengan konfigurasi trikamera belakang dengan salah satu kamera beresolusi 48MP. Selebihnya kamera  berkemungkinan besar kamera ultralebar dan bokeh. Samsung Galaxy M30s menggunakan One UI berdasarkan Android Android 9 Pie. Samsung Galaxy M30s merupakan telefon pintar dwi-SIM (GSM dan GSM) yang akan menyokong  kad Nano-SIM dan Nano-SIM.

Penyambungan pada Samsung Galaxy M30 dikatakan termasuk Wi-Fi 802.11 a / b / g / n / ac, GPS, USB OTG, USB Type-C, 3G, dan 4G (dengan sokongan untuk Band 40 yang digunakan oleh beberapa rangkaian LTE di India) dengan 4G aktif pada kedua-dua kad SIM. Sensor di telefon dikhabarkan termasuk sensor pecutan (accelerometer), sensor jarak (proximity) dan sensor cap jari (fingerprint sensor).

Telefon ini dijadualkan pelancarannya pada 18 September ini di India. Daripada sudut spesifikasi, tidak banyak yang diketahui selain mengenai kapasiti baterinya yang sebesar 6000 mAh

Kemungkinan besar Samsung tidak membawa masuk M30 ke Malaysia. Setakat ini hanya ada M20 dan M10 sahaja yang telah dipasarkan disini. M10 boleh dimiliki pada harga bermula RM449 manakala M20 dengan bateri terbesar dengan 5,000mAh pula berharga RM799. Sekiranya M30s dipasarkan di Malaysia, harganya mungkin melebihi daripada RM800, sekitar harga Mi 9 SE , Realme 3 Pro dan sebagainya.

Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

Leave a Reply