Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

Samsung Galaxy S10 sedia untuk tempahan

San Francisco: Samsung pada kali ini memperkenalkan model-model terbaru dengan  perkakasan yang lebih unggul. Dengan binaan kaca dan almunium serta paparan kaca AMOLED dengan kualiti tertinggi dalam kelasnya. Model-model baru ini tampil dengan 3 kamera pada varian tertinggi dan lebih mahal iaitu S10 dan S10+.

Pada kebiasaan tahun-tahun sebelum ini Samsung hanya memperkenalkan dua model Galaxy S iaitu model asas dan Plus. Pada tahun 2019 ini agak berlainan sedikit dengan memperkenalkan Galaxy S10, Galaxy S10+ versi yang dinaik taraf, dan entri yang baru dengan Galaxy S10e. Entri baru dengan huruf e yang mensasar model spesifikasi yang direndahkan dari model asas dengan harga yang lebih murah seperti yang kita lihat pada model Galaxy Tab S5e. Galaxy S10e ini mungkin sebagai jawapan penyelesaian Samsung untuk iPhone XR.

Samsung Galaxy S10+

Varian yang paling tinggi adalah Galaxy S10+. Dengan paparan Dynamic AMOLED 6.4″ resolusi QuadHD+ dalam nisbah 19:9. Galaxy S10+ menawarkan RAM sehingga 12GB manakala storan dalaman 1TB hingga 1.5TB dengan penambahan kad 512GB kad SD pada slot hibrid  yang tersedia. Ditambah dengan teknologi sensor cap jari Ultrasonic pada bawah paparan menjadikan ia istimewa.

S10+ mempunyai 3 kamera belakang tersusun mendatar terdiri

  • Kamera telefoto 12MP F2.4 OIS
  • Kamera sudut lebar 12MP F1.5/F2.4 OIS
  • Kamera sudut super lebar 16MP F2.2

Terdapat 2 kamera di bagian depan dengan kamera 10MP dan kamera 7MP bagi tujuan kesan bokeh. Dengan ini menjadikan Galaxy S10 memiliki 5 kamera keseluruhannya.

S10+ mempunyai kapasiti bateri paling tinggi 4,100mAh. Ia juga mempunyai fungsi pengecasan pantas Adaptive Fast Charging dan Wireless PowerShare. Wireless PowerShare merupakan ciri terbaru dengan membolehkan telefon menjadi pad pengecas untuk mengecas peranti lain yang menyokong Qi Wireless Charging.

Samsung Galaxy S10

Galaxy S10 mempunyai spesifikasi sama seperti S10+. Perbezaannya ia dibekalkan dengan bateri 3100mAh serta RAM 8GB dan dua pilihan storan ditawarkan iaitu 128GB dan 512GB. Perbezaan lain lagi ialah pada paparan yang lebih kecil iaitu 6.1” dan dibahagian depan hanya tersedia satu kamera 10MP.

Samsung Galaxy S10e

Galaxy S10e adalah telefon paling kecil iaitu 5.8” dengan resolusi HD penuh. Paparan Galaxy S10e adalah mendatar tidak melengkung di bahagian sisi seperti yang terdapat pada S10+ dan S10. Ia hanya dibekalkan dengan kapasiti 3100mAh namun masih menyokong semua ciri-ciri tambahan seperti pengecasan pantas dan pengecasan wayarles masuk dan keluar.

S10e mempunyai 2 kamera belakang tersusun mendatar terdiri

  • Kamera sudut lebar 12MP F1.5/F2.4 OIS
  • Kamera sudut super lebar 16MP F2.2

dibahagian depan hanya tersedia satu kamera 10MP seperti Samsung Galaxy S10. Galaxy S10e tidak hadir dengan pengimbas cap jari disebalik paparan, ia menggunakan pengimbas cap jari yang disekalikan dengan butang kuasa di sisi telefon.

Kamera Belakang

Pemproses

Exynos 9820 8-teras dengan kelajuan maksimum 2.7Ghz pula disertakan kepada semua varian model baru ini iaitu S10+, S10 dan S10e. Ia Pemproses generasi baru  keupayaan yang lebih baik iaitu peningkatan 29 peratus kelajuan CPU manakala GPU pula di pertingkatkan kepada 37 peratus dengan penggunaan kuasa yang minima. Dengan Ram sehingga 12GB menjadikan pengalaman permainan yang berat lancar dengan tiada halangan.

*Pemproses mungkin berbeza mengikut negara

Kesemua model masih mengekalkan tahap kekalisan debu dan air IP68 piawaian peranti mudah alih tertinggi untuk rintangan air dan habuk.  dan tetap ada jek headfon serta slot hibrid untuk meletakkan kad mikro-SD sehingga 512GB

Galaxy S10 direka dengan sangat baik dan teliti turut disertai dengan pilihan warna yang banyak. S10, S10 +, dan S10e semuanya boleh didapati dalam Prism Black, Prism White, Prism Blue, Flamingo Pink, dan Prism Green. S10 + mempunyai dua kemasan premium Black Ceramic Black dan Ceramic White, manakala S10e mendapat warna Canary Yellow yang menarik.

Dengan harga yang agak berpatutan Samsung Galaxy S10e akan dijual pada harga RM2,699 bagi versi storan dalaman 128GB. Manakala Galaxy S10 ditawarkan dengan harga RM3,299 bagi varian dengan 128GB storan dalaman.

Bagi Galaxy S10+, yang merupakan peranti paling mahal pula terdapat dua varian yang disediakan iaitu model asas dengan penyimpanan dalaman 128GB akan dijual pada harga RM3,699 manakala varian spesifikasi tinggi dengan storan dalaman 512GB akan dijual pada harga RM4,599.

  • Samsung Galaxy S10+ 128GB = RM3,699
  • Samsung Galaxy S10+ 512GB = RM4,599
  • Samsung Galaxy S10 128GB = RM3,299
  • Samsung Galaxy S10e 128GB = RM2,699

Kini mulai esok 22 Februari jam 10 pagi Galaxy S10 akan di buka untuk tempahan. Untuk maklumat lanjut sila lawati di sini

Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

1 Comment

Leave a Reply

%d