
Mobile World Congress 2019 (MWC) secara rasminya akan bermula pada 25 Februari ini, dan semasa pameran perdagangan tahunan itu nanti sudah pasti banyak pengumuman mengenai telefon pintar akan diumumkan. Namun begitu maklumat mengenai model terbaru telefon pintar Sony terdedah setelah tinggal hanya beberapa hari sebelum persidangan tersebut bermula.
Maklumat barisan telefon pintar Sony 2019 akan terdiri daripada Xperia 1, 10, 10 Plus dan L3 telah dibocor beserta foto dan spesifikasinya sekali.
Xperia 1

Sony Xperia 1 adalah yang paling Premium dan teratas. Ia mempunyai ciri-ciri terkini sesuatu yang ramai akan nantikan untuk 2019 terutama buat peminat tegarnya. Sony Xperia 1 adalah model yang setaraf Samsung Galaxy S10.
- Paparan 6.5-inch 4K HDR OLED dengan 21:9 aspect ratio
- Qualcomm Snapdragon 855 SoC
- 6GB of RAM
- Storan dalaman 128GB (boleh ditingkatkan)
- 3 kamera 12MP di belakang (regular, wide-angle, telephoto dengan OIS)
- 8MP kamera hadapan
- 3,300mAh bateri
- IP68
- USB Type-C
- Pengimbas cap jari di sisi
- Android Pie
- Harga Jangkaan: $1,099 (RM4478.64)
Xperia 10 dan 10 Plus

Siri Xperia 10 pada mulanya dikenali sebagai Xperia XA3 dan XA3 Plus. Siri Xperia 10 adalah model dalam julat pertengahan dengan Xperia 10 plus lebih besar daripada kedua-duanya.
Xperia 10
- Paparan 6-inch Full HD+ dengan 21:9 aspek ratio
- Qualcomm Snapdragon 630 SoC
- 3GB of RAM
- Storan dalaman 64GB (boleh dipertingkatkan)
- Dua kamera hadapan 13+8MP
- 8MP kamera hadapan
- 2,870mAh
- Pengimbas cap jari di sisi
- Android Pie
- Harga Jangkaan: $399 (RM 1626.00)
Xperia 10 Plus
- Paparan 6.5-inch Full HD+ dengan 21:9 aspek ratio
- Qualcomm Snapdragon 636 SoC
- 4GB of RAM
- Storan dalaman 64GB (boleh dipertingkatkan)
- Dua kamera hadapan 12+8MP (Optikal Zoom)
- 8MP kamera hadapan
- 3000mAh
- Pengimbas cap jari di sisi
- Android Pie
- Harga Jangkaan: $399 (RM 1626.00)
Xperia L3

Xperia L3 merupakan model dalam julat paling bawah sekali dengan paparan lebih kecil.
- Paparan 5.7-inch HD+ dengan 18:9 aspek ratio
- MediaTek 6762 SoC
- 3GB RAM
- Dua kamera hadapan 13+2MP
- 8MP kamera hadapan
- 3300mAh
- Pengimbas cap jari di sisi
- Android Oreo
- Harga Jangkaan: $399 (RM 810.96)
Xperia 10, Xperia 10 Plus, dan Xperia L3 dikatakan akan dilancarkan pada bulan April, manakala Xperia 1 tidak akan dilancarkan sehingga bulan Jun.
Untuk maklumat yang tepat lebih baik kita nantikan Mobile World Congress 2019 (MWC) yang secara rasminya akan bermula pada Isnin depan 25 Februari 2019 .