Selamat Datang

Gajet

Spesifikasi dan Pelancaran Vivo V15 Pro

Vivo telah melancarkan siri model V15 terbarunya di India.  Model pertengahan V15 merupakan kesinambungan dari model V11 yang telah dilancarkan pada tahun lepas.  Kebanyakkan pengeluar telefon pintar berusaha menambahkan lagi saiz paparan tanpa membesarkan saiz telefon dengan cara mengecilkan lagi notch.

Berbeza pendekatan Vivo memperkenalkan Vivo V15 Pro dengan kamera selfie pop-up di bahagian sisi atas menjadikan ia telefon pintar tanpa notch.

Kamera Selfie Pop-up V15 Pro

Vivo, yang mempelopori konsep kamera selfie pop-up dengan siri Vivo NEX, telah berusaha memperhalusi konsep itu. Hasilnya adalah Vivo V15 Pro yang dilancarkan di India. Peranti dengan rasa premium ditambah dengan kamera selfie pop-up 32MP serta tiga kamera di belakang termasuk dengan sensor 48MP, paparan yang menggoda, dengan corak yang menyenangkan di bahagian belakang.

Pemproses Qualcomm Snapdragon 675 AIE Octa-core
RAM 6GB
Storan 128GB (Boleh di tingkatkan dengan kad microSD sehingga 256GB)
Bateri 3,700mAh with Dual-Engine Fast Charging
Sistem Operasi Funtouch OS 9 (based on Android 9 Pie)
Dimensi 157.25mm x 74.71mm x 8.21mmSide and top bezels: 1.75mm and 2.2mm respectively
Berat 185g
Paparan 6.39″ FHD+ (91.64″ screen-to-body ratio), 19.5:9 aspect ratio
Jenis Paparan Super AMOLED Ultra FullView Display
Touch Screen 2.5D
Biometrik 5th generation in-display fingerprint scanner
Kamera Di Depan: 32MP Pop-up
Belakang: 48MP with 4-in-1 Pixel Binning, 0.8μm pixels + 8MP
AI Super Wide-Angle (108° after accounting for distortion) + 5MP Depth Camera
Warna Pilihan Vivo V15 Pro Gradient Blue, Gradient Red 

Dari segi spesifikasi, Vivo V15 Pro mempunyai paparan 6.39 “Full HD + AMOLED dan ia dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 675 yang terbaru. Peranti ini mempunyai 6GB RAM dan 128GB storan dalaman yang boleh diperkembangkan melalui microSD.

V15 Pro mempunyai kamera selfie 32MP yang tersembunyi dengan mekanisme pop-up manakala di belakang tersedia triple-kamera yang dibantu oleh AI. Peranti ini mempunyai kamera utama f / 1.8 48MP, kamera ultra-lebar 8MP f / 2.2 dan kamera 5MP f / 2.4 untuk depth.

Peranti ini dikuasakan bateri 3,700mAh yang menyokong pengecasan pantas dual-enjin Vivo melalui pengecas microUSB. Ia digerakkan dengan Android 9.0 Pie dengan OS FunTouch OS.

Vivo V15 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 26 Februari 2019 dalam satu majlis khas. Terdapat perkhabaran menyatakan Vivo V15 Pro akan boleh di dapati dengan harga RM1,799.

Related posts
Gajet

Samsung Galaxy M30s

Gajet

Samsung Galaxy A10s

Gajet

Samsung Galaxy M20 Hadir Di Malaysia Minggu Depan

Gajet

Nokia Tawarkan Diskaun Sehingga RM340

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *