Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

Spesifikasi Samsung Galaxy S10 5G

Samsung Galaxy S10 5G adalah versi yang terbesar dalam rangkaian Galaxy S10. Paparan yang lebih besar, panel 6.7-inci dan jumlah berat keseluruhan 198g iaitu 40g lebih berat daripada model S10 biasa dan jelas rasa lebar di tangan. Ketebalannya hanyalah 7.9mm menyamai lebar S10e. Itulah spesifikasi yang menarik bagi mereka yang bimbang mengenai saiz telefon pintar 5G.

Kebanyakan spesifikasi utama adalah sama Galaxy S10 . Terdapat Snapdragon 855 atau Exynos 9820 disertakan bagi prestasi yang lebih pantas. Walau bagaimanapun, untuk menjadikan ia sedia 5G, Samsung memasukkan Qualcomm’s Snapdragon X50 modem ke dalamnya. Telefon ini juga mempunyai pengimbas cap jari dalam paparan, sokongan Wi-Fi 6, dan pengecasan tanpa wayar yang pantas.

Samsung Galaxy S10

Samsung Galaxy S10+

Samsung Galaxy S10
5G
Display6.1-inch AMOLED panel
3,040 x 1,440 resolution
551ppi
19:9 aspect ratio
6.4-inch AMOLED panel
3,040 x 1,440 resolution
525 ppi
19:9 aspect ratio
6.7-inch AMOLED panel
3,040 x 1,440 resolution
502 ppi
19:9 aspect ratio
Processor8nm octa-core Exynos 9820 /
7nm octa-core Snapdragon 855
8nm octa-core Exynos 9820 /
7nm octa-core Snapdragon 855
8nm octa-core Exynos 9820 /
7nm octa-core Snapdragon 855
RAM8GB8/12GB8GB
Storage128/512GB128/512GB / 1TB256GB
MicroSDYes, up to 512GBYes, up to 512GBNo
CamerasRear:
16MP f/2.2 ultrawide +
12MP f/1.5 and f/2.4 dual pixel with OIS +
12MP OIS telephoto f/2.4
Front:
10MP f/1.9 dual pixel
Rear:
16MP f/2.2 ultrawide +
12MP f/1.5 and f/2.4 dual pixel with OIS +
12MP OIS telephoto f/2.4
Front:
10MP f/1.9 dual pixel +
8MP depth sensor f/2.2
Rear:
16MP f/2.2 ultrawide +
12MP f/1.5 and f/2.4 dual pixel with OIS +
12MP OIS telephoto f/2.4 +
3D depth: hQVGA
Front:
10MP f/1.9 dual pixel +
3D depth: hQVGA
Battery3,400mAh
Non-removable
4,100mAh
Non-removable
4,500mAh
Non-removable
Wireless chargingFast Wireless Charging 2.0
Wireless PowerShare
Fast Wireless Charging 2.0
Wireless PowerShare
Fast Wireless Charging 2.0
Wireless PowerShare
SecurityEmbedded Ultrasonic
fingerprint scanner. 2D face unlock.
Embedded Ultrasonic
fingerprint scanner. 2D face unlock.
Embedded Ultrasonic
fingerprint scanner. 2D face unlock.
ConnectivityWi-Fi 6
Bluetooth 5
NFC, MST
Cat20 LTE, 7CA, 4×4 MIMO
Wi-Fi 6
Bluetooth 5
NFC, MST
Cat20 LTE, 7CA, 4×4 MIMO
Wi-Fi 6
Bluetooth 5
NFC, MST
Cat20 LTE, 7CA, 4×4 MIMO +
Sub6 GHz and mmWave (28GHz and 39GHz)
Dimensions and weight149.9 x 70.4 x 7.8mm
157g
157.6 x 74.1 x 7.8mm
175g
77.1 x 162.6 x 7.94mm
198g

Berpandukan spesifikasi yang dinyatakan oleh samsung model 5G hanya akan datang dalam satu pilihan memori – 256GB sahaja tidak seperti model S10 lain yang mempunyai pilihan memori lebih tinggi . Malang lagi ia juga hilang slot kad microSD, yang menjadikan mereka yang gemar bertukar kad miroSD akan tawar hati.

Namun begitu Galaxy S10 5G adalah versi terhebat dalam keluarga Galaxy S10. Ia mempunyai lensa kamera tambahan iaitu ‘3D depth-sensing cameras’  di bahagian belakang,ini bermakna ia mempunyai 4 kamera di belakangnya dan menjadikan keseluruhan kamera depan belakang sebanyak 6 kamera.  Ia juga turu hadir dengan bateri yang lebih besar dan ciri lain yang membezakannya daripada peranti lain Samsung dalam keluarga Galaxy S10.

Samsung telah menyatakan pada bulan Disember lalu bahawa ia akan memperkenalkan telefon 5G untuk Verizon, AT & T dan pembekal wayarles lain pada separuh pertama 2019. Galaxy S10 5G merupakan peranti yang pertama menggunakan pemproses Snapdragon 855 Qualcomm yang dipasangkan dengan modem X50 5G dari pengeluar pemproses tersebut.

Samsung belum menetapkan tarikh tertentu untuk melancarkan Galaxy S10 5G. Tetapi syarikat itu mengatakan ia akan tersedia terlebih dahulu pada rangkaian Verizon pada suku kedua tahun ini. Manakala AT & T, Sprint dan T-Mobile akan menawarkannya bermula pada musim panas ini.

Samsung belum lagi menetapkan lagi harga peranti tersebut tetapi ia mungkin lebih mahal daripada Galaxy S10 Plus. Samsung juga belum memuktamadkan warna, tetapi model yang dilihat menjelang pelancaran lalu itu adalah kemasan perak yang berkilat dan perak. Ia juga mempunyai logo 5G di belakang.

Bagaimana pula di Malaysia?

Usaha ke arah rangkaian 5G di Malaysia telah mula bermula sejak tahun 2017 jalinan dan kerjasama dari pelbagai pihak telah di lakukan dan yang terbaru 8 Oktober tahun lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo mengumumkan bahawa Cyberjaya dan Putrajaya adalah lokasi yang dipilih untuk ujian rangkaian 5G menjelang pelancarannya. Cyberview Sdn Bhd, sebagai Tech Hub Enabler untuk Cyberjaya, sedang memainkan peranan aktif sebagai sebahagian daripada pasukan petugas yang diketuai oleh MCMC yang menjalankan kesediaan penyediaan tapak ujian ke arah ini.

Kesimpulannya tanpa rangkaian 5G bagaimana peranti yang berasaskan 5G boleh di perkenalkan di Malaysia. Mungkin menjelang 2020 kita akan mampu menikmati rangkaian 20 kali ganda dari 4G tersebut dan pada waktu itu mungkin juga Samsung Galaxy S11 5G akan diperkenalkan. Dengan memperkenalkan Galaxy S10 5G sekarang ibarat menjual telefon tanpa rangkaian.

Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

Leave a Reply

Worth reading...
Samsung Galaxy S10 sedia untuk tempahan