
Hanya dalam tempoh yang terhad Tune Talk sedang menawarkan data percuma sehingga 12 bulan sekiranya anda beralih ke Pek Value Prepaid terbaru mereka. Sejumlah 36GB juga ditawarkan kepada mereka yang beralih (port in) ke Pek Value Prepaid daripada syarikat telekomunikasi yang lain.
Tune Talk telah menyediakan tiga jenis pelan tawaran yang ditumpukan kepada 3 jenis pengguna iaitu untuk pengguna baru, pengguna yang beralih (port in) talian telco lain ke TuneTalk, dan pengguna sedia ada yang belum berubah ke pek Value Prepaid terbaru mereka.
Jenis Pendaftaran | Data Percuma | 1/Bulan | Keseluruhan |
Pengguna Baru: No Baru | 3GB | x6 Bulan | 18GB |
Pengguna Baru: Port in | 3GB | x6 Bulan | 32GB |
Pengguna Sedia Ada: Bertukar ke Pek Tune Talk Value | 3GB | x6 Bulan | 18GB |
Bagi pengguna baru, hanya dapatkan pek permulaan prabayar TuneTalk dan aktifkannya. Kemudian, dalam tempoh 7 hari setelah menerima SMS pengaktifan, buat tambah nilai sekurang-kurangnya RM30. 3GB data akan diberikan dan setiap 30 hari selepasnya selama 5 bulan, pengguna akan menerima 3GB kuota data baru. Jumlah keseluruhannya 18GB data sepanjang 6 bulan.
Untuk pengguna dari talian telco lain bertukar ke talian TuneTalk secara Port-In dan permohonan tersebut perlu berjaya selewat-lewatnya pada 30 Jun 2019. Selepas itu, lakukan tambah nilai sekurang-kurangnya RM30. 3GB data akan diberikan dan setiap 30 hari selepasnya selama 11 bulan, pengguna akan menerima 3GB kuota data baru. Keseluruhannya akan menerima sejumlah 36GB data dalam tempoh 12 bulan.
Pengguna Tune Talk sedia ada yang masih belum bertukar ke pek baru TuneTalk Value Prepaid, bolehlah berbuat demikian dan akan menerima 3GB data percuma setiap 30 hari, selama 6 bulan. Jika dihitung keseluruhannya pengguna akan menerima sejumlah 18GB data sepanjang 6 bulan seperti mana jumlah data yang diterima oleh pengguna baru.

Bagi melayakkan menerima antara 3 tawaran di atas untuk menerima data percuma ini pengguna perlu memastikan talian sentiasa aktif. Bagi memastikan talian sentiasa aktif pengguna perlu membuat tambah nilai RM30 dalam sebulan bagi memastikan talian aktif selama 30 hari, atau pun membuat pengaktifan talian selama 365 hari dengan nilai RM100.
Promosi ini bermula dari 16 Februari lalu sehinggalah diumum kemudian nanti. Untuk maklumat lanjut, layari laman promosi Data Percuma TuneTalk.