
U Mobile kini memperkenalkan satu lagi pelan terbaru yang diberi nama GilerTalk GT30. Pelan dengan harga RM25 ini menawarkan panggilan tanpa had kepada semua rangkaian dan disertakan dengan 1GB Internet berkelajuan tinggi untuk sebarang penggunaan.

Perlu diingatkan Pelan GT30 ini sebenarnya berharga RM30 walau bagaimana pun dalam tempoh promosi ini ia hanya ditawarkan pada RM25. Promosi ini baru sahaja bermula dan akan berakhir sehingga notis selanjutnya.

Selepas pengaktifan, pelan ini akan sah selama 30 hari dan anda boleh menggunakannya untuk membuat panggilan tanpa had kepada semua nombor tempatan pada semua rangkaian sepanjang hari. Pelan ini sangat sesuai kepada mereka yang gemar berbual dan pengguna internet yang ringan.
Selain panggilan tanpa had berserta 1GB Internet berkelajuan tinggi, anda juga boleh menikmati Facebook, Instagram dan Twitter dengan tanpa had melalui pek prabayar U Mobile Unlimited Power selagi anda membuat tambah nilai serendah RM10.

Untuk mengaktifkan pelan panggilan U Mobile tanpa had ini, anda boleh membeli GT30 add-on dalam aplikasi MyUMobile atau anda boleh mendail 118 * 3 * 6 * 1 # pada telefon anda.
Pelan ini tersedia untuk semua pelanggan prabayar U Mobile kecuali bagi mereka yang berada di U Broadband. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawat halaman prabayar GilerTalk U Mobile.
Hi to every one, it’s truly a good for me to pay a visit this web
page, it contains precious Information.