Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Temui Penonton 21 Mac ini

Setelah 10 tahun berlalu, Syarikat animasi terkenal Les’ Copaque Production Sdn Bhd kembali dengan filem animasi 3D kedua berjudul “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” yang akan menemui penonton di seluruh negara pada 21 Mac ini. Pelancaran poster dan treler rasmi “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” telah diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Filem “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”. Mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih, dan Pak Belalang. Penonton boleh mengimbau kembali nostalgia cerita zaman kanak-kanak dan melihat cerita dongeng nusantara ini dianimasikan dengan perwatakan baharu. Keris diangkat sebagai tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebuah keris Melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah.

Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd:


Filem ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana kami di Les’ Copaque mahu meningkatkan tahap tenikal produksi. Selain itu, sepanjang proses pembikinan filem animasi 3D ini juga, pasukan produksi kita juga banyak mempelajari kemahiran teknikal dengan menggunakan teknologi dari Hong Kong bagi menghasilkan animasi yang lebih hidup dari segi warna dan pergerakan animasi.
Jika sebelum ini kami mengambil ‘jalan pintas’ untuk hasilkan animasi “Upin & Ipin”, namun untuk filem kedua ini kami mahu pastikan setiap butiran diperhalusi supaya animasi ini setanding dengan animasi luar negara, dan oleh sebab itu kos pembikinan filem animasi 3D terbaru ini cukup besar.
Kos untuk pembikinan menelan belanja RM20 juta. Pihak kami mendapat geran berupa dana daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebanyak RM3 juta sahaja, dan selebihnya kami keluarkan wang kami sendiri. Mungkin ramai yang tertanya mengapa begitu tinggi? Ini kerana pada mula pembikinan filem animasi 3D terbaru ini kami hanya mempunyai 30 orang sahaja namun ia bertambah kepada lebih 130 orang, jadi dari situ kami memerlukan kos yang besar. Kos RM20 juta ini adalah kos pembikinan dan belum masuk lagi kos untuk tujuan promosi dan sebagainya. Apa yang membanggakan adalah filem ini dihasilkan menggunakan kepakaran tempatan seratus peratus.


Tn Haji Burhanuddin Md Radzi
Pengarah Urusan Les’ Copaque
Production Sdn Bhd

Kos penerbitan yang menelan belanja hampir RM 20 juta ini menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan. Oleh itu, ia diharapkan akan melonjakkan mutu industri animasi tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi setanding dengan karya-karya antarabangsa. Memilih tarikh 21 Mac selari dengan musim cuti sekolah, diharapkan filem ini dapat menjadi pilihan tontonan sekeluarga. Ini kerana siri “Upin & Ipin” sendiri diminati oleh kanak-kanak, ibu bapa, sehinggalah atok dan nenek.

Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

Leave a Reply

Worth reading...
Facebook Messenger: Mesej boleh dipadam dalam tempoh 10 minit