Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

Vertu Ti Telefon Pintar Mewah

Dengan menggunakan Titanium sebagai bahan binaanya Vertu Ti adalah merupakan sebuah telefon pintar yang sama nilainya dengan sebuah kereta baru. Vertu Ti adalah merupakan telefon Android buatan tangan (hand-made) yang dikeluar oleh Syarikat Vertu yang berpengkalan di British.  

Vertu adalah pengilang telefon bimbit mewah yang ditubuhkan oleh Nokia sebagai sebuah anak syarikat milik penuhnya pada tahun 1998. Pada bulan Oktober 2012 Nokia telah menjual Vertu kepada Kumpulan Ekuiti Persendirian ( EQT VI) dengan satu nilai yang tidak di ketahui, namun begitu masih mengekalkan sahamnya sebanyak 10%

Dengan menggunakan sistem operasi Android, ianya adalah peranti Android pertama dari syarikat pembuat telefon pintar ini, yang sebelumnya menggunakan sistem operasi Symbian. Ianya mempunyai spesifikasi berikut:

Prosessor1.7GHz Qualcomm Snapdradon S4
Storan 64 GB
Skrin  3.7 inci dengan salutan kristal nilam (Sapphire Crystal)
Kamera 8 megapiksel (belakang) 1.3 megapiksel (hadapan)


Vertu Ti adalah produk kami yang paling signifikan di dalam dekad ini dengan digabungkan  Android OS (sistem operasi) yang terbukti intuitif untuk pengguna manakala reka bentuk dan ketukangan yang unik


Perry Oosting, Presiden Vertu dan ketua eksekutif

Perry Oosting, Presiden Vertu dan Ketua Eksekutif, berkata: “Vertu Ti adalah produk kami yang paling signifikan di dalam dekad ini dengan digabungkan  Android OS (sistem operasi) yang terbukti intuitif untuk pengguna manakala reka bentuk dan ketukangan yang unik”

Jika anda berminat kepada telefon pintar yang ringan dan mempunyai daya ketahanan 5 kali ganda dari telefon pintar lain ini bolehlah lihat harga di bawah ini. Senarai harga untuk model-model yang ditawarkan:

Titanium Black Leather $9,600 (RM 29745)
Titanium Pure Black $11,500 (RM 35632)
Titanium Black Alligator $12,800 (RM 39660)
Black PVD Titanium Red Gold Mixed Metals $19,900 (RM 61660)
Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

Leave a Reply