
Kini WhatsApp secara rasminya telah melancarkan sebuah aplikasi baru, yang dipanggil WhatsApp Business. WhatsApp versi ini berasingan sepenuhnya dari versi WhatsApp yang biasa (WhatsApp Messenger).
Walaupun ia berfungsi dengan cara yang sama WhatsApp Business hanya ditumpukan kepada tujuan perniagaan dengan menghubungkan antara peniaga dan pelanggan dan bukannya rakan dan keluarga.
Aplikasi WhatsApp Business ini disasarkan untuk kegunaan pemilik perniagaan kecil. Ia direka untuk memudahkan berkomunikasi dengan pelanggan dan menguruskan pesanan mereka.
Pengguna WhatsApp Business boleh membuat profil perniagaan serta menambah maklumat perniagaan seperti nama syarikat, halaman web berkenaan serta lokasi dan maklumat untuk dihubungi. Mereka juga boleh menghantar mesej kepada pelanggan, mengemaskini maklumat perniagaan dan menjawab sebarang soalan yang mereka ada.
WhatsApp Business membolehkan anda mempunyai perniagaan di WhatsApp, berkomunikasi lebih cekap dengan pelanggan anda, dan membantu anda mengembangkan perniagaan anda
Dengan aplikasinya tersebut, perniagaan boleh berinteraksi dengan pelanggan dengan mudah dengan menggunakan alat untuk Mengautomasi, menyusun, dan membalas mesej dengan cepat.
WhatsApp

WhatsApp Business mempunyai logo yang sama dengan aplikasi WhatsApp biasa, tetapi simbol dialog hijau mengandungi huruf B putih berbeza dengan WhatsApp biasa dengan simbol telefon.
Pada tahun lepas versi palsu WhatsApp Business telah muncul di play store dan berjaya memperdaya orang ramai untuk memuat turunnya. Tidak lama selepas itu, pihak WhatsApp telah menerbitkan halaman FAQ (frequently asked questions) bagi menerangkan sebarang kekeliruan berkenaan aplikasi tersebut.
Akaun Perniagaan dengan lencana tanda semak hijau dalam profilnya telah disahkan sebagai “jenama autentik” oleh WhatsApp.
Akaun Perniagaan dengan lencana tanda kelabu dalam profilnya telah disahkan menggunakan nombor telefon yang sama dengan nombor telefon perniagaan yang didakwa oleh peniaga.
Untuk lebih lanjut sila layari WhatsApp Business