Kategori: Media-Sosial

WhatsApp Business: Dilancarkan Secara Rasmi

Kini WhatsApp secara rasminya telah  melancarkan sebuah aplikasi baru, yang dipanggil WhatsApp Business. WhatsApp versi ini berasingan sepenuhnya dari versi WhatsApp yang biasa (WhatsApp Messenger).

Walaupun ia berfungsi dengan cara yang sama WhatsApp Business hanya ditumpukan kepada tujuan perniagaan dengan menghubungkan antara peniaga dan pelanggan dan bukannya rakan dan keluarga.

Aplikasi WhatsApp Business  ini disasarkan untuk kegunaan pemilik perniagaan kecil. Ia direka untuk memudahkan  berkomunikasi dengan pelanggan dan menguruskan pesanan mereka.

Pengguna WhatsApp Business boleh membuat profil perniagaan serta menambah maklumat perniagaan seperti nama syarikat, halaman web berkenaan serta lokasi dan maklumat untuk dihubungi. Mereka juga boleh menghantar mesej kepada pelanggan, mengemaskini maklumat perniagaan dan menjawab sebarang soalan yang mereka ada.

Profil Perniagaan
Balas Cepat
Statistik Pemesejan
Label
Mesej Automatik

WhatsApp Business membolehkan anda mempunyai perniagaan di WhatsApp, berkomunikasi lebih cekap dengan pelanggan anda, dan membantu anda mengembangkan perniagaan anda


WhatsApp

Dengan aplikasinya tersebut, perniagaan boleh berinteraksi dengan pelanggan dengan mudah dengan menggunakan alat untuk Mengautomasi, menyusun, dan membalas mesej dengan cepat.

WhatsApp

WhatsApp Business mempunyai logo yang sama dengan aplikasi WhatsApp biasa, tetapi simbol dialog hijau mengandungi huruf B putih berbeza dengan WhatsApp biasa dengan simbol telefon.

Pada tahun lepas versi palsu WhatsApp Business telah muncul di play store dan berjaya memperdaya orang ramai untuk memuat turunnya. Tidak lama selepas itu, pihak WhatsApp telah menerbitkan halaman FAQ (frequently asked questions) bagi menerangkan sebarang kekeliruan berkenaan aplikasi tersebut.

Akaun Perniagaan dengan lencana tanda semak hijau dalam profilnya telah disahkan sebagai “jenama autentik” oleh WhatsApp.

Akaun Perniagaan dengan lencana tanda kelabu dalam profilnya telah disahkan menggunakan nombor telefon yang sama dengan nombor telefon perniagaan yang didakwa oleh peniaga.

Untuk lebih lanjut sila layari WhatsApp Business

admin @iwhozcom

Recent Posts

Samsung Galaxy M30s

Samsung Galaxy M30s merupakan telefon pintar terbaru yang akan dilancarkan oleh Samsung. Telefon ini dikhabarkan akan tampil dengan paparan skrin…

% hari lalu

Samsung Galaxy A10s

Samsung Galaxy A10s kini boleh didapati di Malaysia. Pada asasnya, ia adalah versi yang telah dipertingkatkan dari Galaxy A10 .…

% hari lalu

Pelan Cun Value 70GB Data Dari TuneTalk

Pek Prabayar Value telah diperkenalkan oleh TuneTalk pada bulan April lepas dengan tawaran yang menarik dan sukar dilepaskan. Kini TuneTalk…

% hari lalu

Lada Terpedas Di Dunia

Lada yang paling pedas di Dunia ialah HP22B atau dikenali dengan nama gelarannya Carolina Reaper. Lada ini telah diakui oleh…

% hari lalu

Samsung Galaxy M20 Hadir Di Malaysia Minggu Depan

Samsung Galaxy M20 akan tampil dengan paparan 6.3 inci (1080 × 2340) dengan nisbah aspek 19.5: 9. Pada kali ini…

% hari lalu

Apakah itu Arachnophobia?

Arachnophobia merupakan salah satu fobia yang biasa dialami. Arachnophobia merupakan adalah salah satu jenis daripada Zoophobia iaitu rasa takut terhadap…

% hari lalu

This website uses cookies.