Facebook pemilik aplikasi terkenal Whatsapp mula membuat peraturan baru dengan membenarkan setiap mesej hanya boleh di ‘forward’ sebanyak 5 kali sahaja. Langkah itu merupakan usaha untuk membendung penyebaran maklumat salah dan khabar angin’, kata eksekutif syarikat tersebut pada Isnin dalam sebuah majlis yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Sebelum ini, pengguna WhatsApp boleh menghantar mesej kepada 20 individu atau kumpulan. Had lima adalah rentetan tindakan WhatsApp yang dilaksanakan di India pada bulan Julai 2018 selepas berlakunya penyebaran khabar angin di media sosial sehingga membawa kepada pembunuhan.
WhatsApp, yang mempunyai kira-kira 1.5 bilion pengguna, telah berusaha mencari kaedah bagi menghentikan penyalahgunaan aplikasi mesej tersebut itu, berikutan kebimbangan global bahawa platform itu digunakan untuk menyebarkan berita palsu, gambar yang dimanipulasi, video tanpa konteks, dan tipuan audio, tanpa cara untuk memantau dari mana asalnya mesej palsu tersebut
Perkhidmatan mesej itu menjadi sebahagian daripada medan pertempuran politik di pemilihan presiden Brazil pada Oktober lalu, dengan calon kanan Jair Bolsonaro didakwa menggunakan aplikasinya untuk menyebarkan kepalsuan yang berkaitan dengan lawan utamanya
WhatsApp akan melancarkan kemas kini untuk mengaktifkan had ‘forward’ baru mulai hari Isnin, kata ketua komunikasi WhatsApp Carl Woog kepada Reuters.
Pengguna peranti yang menjalankan sistem Android Google akan menerima kemaskini terlebih dahulu, diikuti oleh pengguna iOS Apple.
Kami mengehadkan lima pesanan di seluruh dunia pada hari ini
VICTORIA GRAND
NAIB PRESIDEN UNTUK DASAR
DAN KOMUNIKASI WHATSAPP