
Tahun Baru biasanya merupakan masa bahagia dan perayaan yang meriah. Namun begitu tidak semua akan meraikannya esok, terutama kepada pemilik peranti Nokia s40 seperti Asha 501, 210 atau 301 dan lain-lain. 31 Disember 2018 adalah hari terakhir telefon s40 hari dapat menggunakan Whatsapp untuk berkomunikasi.
Walaupun sokongan Whatsapp telah berakhir lama dahulu, namun pemilik telefon ini masih dapat menggunakan perkhidmatan Whatsapp tersebut. Tetapi pada 2019 semuanya akan berakhir kerana Whatsapp telah membuat keputusan untuk tidak memanjangkan sokongan dan perkhidmatan tersebut kepada peranti-peranti ini.

Telefon S40 Nokia agak popular di seluruh dunia kerana ia mempunyai ciri- ciri telefon pintar. Mungkin sudah tiba masanya untuk menukar peranti Nokia S40 tercinta anda kepada beberapa telefon pintar yang semakin murah di pasaran atau menunggu sedikit masa sehingga Whatsapp muncul di Nokia 8110 4G atau yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang dengan logo Nokia pada masa akan datang.