Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

Xiaomi Mi 9 Tahap Premium Harga Rendah

Xiaomi telah membina perniagaannya dengan menyediakan spesifikasi yang luar biasa pada harga yang lebih berpatutan daripada persaingannya. Hari ini Xiaomi telah melancarkan model terbarunya, Mi 9, di China. Xiaomi Mi 9 akan hadir diperkasa cip Snapdragon 855. Ia adalah cip 7nm pertama daripada Qualcomm yang mengandungi 8 teras heterogenus. Model ini boleh dikatakan telefon pintar Snapdragon 855 yang paling murah melanda pasaran.

Xiaomi Mi 9 dikuasakan dengan Android V 9.0 Pie dengan MIUI 10.2  merupakan telefon pintar yang anggun bersaing dengan persaing yang lebih tinggi dan membuktikan bahawa anda tidak perlu membayar harga premium untuk prestasi terbaik. Mi 9 adalah salah satu peranti pertama yang dilancarkan menjalankan pemproses Snapdragon 855 dan ia dilengkapi dengan 6GB RAM bersama 64GB atau 128GB storan. Terdapat juga versi dengan 12GB RAM dan 256GB storan, walaupun begitu ia hanya terhad kepada pilihan lutsinar sahaja.

Untuk edisi lutsinar tersebut adalah kerjasama Mi 9 dan filem Alita: Battle Angel. Selain memiliki pandangan “lihat-terus” di belakangnya unit edisi khas ini dilengkapi dengan 12GB RAM dan storan 256GB yang lebih besar. Manakala kamera utamanya mempunyai lensa f / 1.47 yang lebih pantas berbanding f/1.75 bagi model biasa.

Seperti Xiaomi MI Mix 3 sebelum ini, Mi 9 juga mempunyai paparan  6.39 “Full HD + AMOLED paparan dari Samsung dengan nisbah 18.5: 9 dan ia dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 6.

Di bahagian belakang pula terdapat 3 kamera tersusun di tepi secara menegak. Kamera teratas adalah lensa telefoto 12MP f / 2.2  yang menawarkan zoom optik 2X, manakala di tengah kamera utama 48MP f / 1.75 dan kamera bawah adalah lensa ultra-lebar 16MP f/2.2 dengan pandangan 117 darjah.

Kamera utama 48MP  menggunakan sensor IMX586 dari Sony sama sama seperti yang terdapat dalam Honour View 20. Seperti kebanyakkan telefon, Xiaomi juga menggunakan binary piksel dalam sensor besar yang menghasilkan gambar 12MP dengan saiz 1.6μm piksel. Kamera hadapan pula dengan sensor 20MP adalah seperti biasa tiada apa yang istimewa tetapi pasti mampu mengambil gambar yang menarik sekiranya dalam pencahayaan yang baik.

Dari segi rakaman video pula ia mampu merakam video 4K sehingga 60fps dan 960fps slow-mo dalam resolusi 1080p. Dengan kamera tambahan dan sensor yang lebih baik, Mi 9 telah mendapat 107 mata pada DxOMark Mobile. Ini menjadikannya telefon pintar kamera ketiga terbaik selepas Huawei Mate 20 Pro dan P20 Pro.

Xiaomi kini meletakkan  pengimbas cap jari disebalik paparan telefon sama seperti yang terdapat dalam Xiaomi Mi 8 Pro. Menurut Xioami pengimbas cap jari Mi 9 telah dinaik taraf menjadikannya lebih baik  daripada apa yang ada pada Mi 8 Pro. Namun begitu  ia bukan sensor cap jari ultrasonik seperti yang dijangkakan pada Galaxy S10. Kini sensor cap jari disahkan untuk pembayaran, walaupun begitu Xiaomi tidak dapat mengesahkan jika ia akan menyokong Google Pay di pasaran global di luar China.

Keseluruhan pakej ini dikuasakan oleh bateri 3300mAh disertai dengan pengecasan pantas yang disahkan TÜV Rheinland. Mi 9 akan disertakan dengan pengecas 18W USB-C, walaupun begitu  Mi 9 juga menyokong sehingga pengecasan berwayar 27W. Difahamkan juga Mi 9 merupakan telefon pertama yang menyokong pengecasan tanpa wayar 20W.

Xiaomi menyediakan aksesori tambahan seperti  pengecas tanpa wayar 20W boleh mengecas telefon dari kosong hingga penuh dalam masa 1 jam dan 40 minit. Terdapat juga power bank yang menawarkan pengecasan wayarles 10W, dan terdapat juga wireless charging cradle dalam kereta dengan kelajuan 10 W.


Aksesori Pengecasan Tambahan

Di China,  Mi 9 dengan 6GB RAM + 128GB storan berharga 2,999CNY (kira-kira RM1,816) manakala model 8GB RAM + 128GB storan berharga 3,299CNY (kira-kira RM1,998). Sementara itu, edisi lut sinar yang dilengkapi dengan penyimpanan 12GB RAM + 256GB akan mencecah 3,999CNY (kira-kira RM2,422).

Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

Leave a Reply