Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

YES Mobile: Perkenal 4G KONFEM UNLIMITED Pasca Bayar Serendah RM49

Hari ini, YES Mobile dengan bangganya telah mengumumkan pelan pasca bayar terbaru yang dikenali sebagai pelan 4G KONFEM UNLIMITED dengan harga bermula serendah RM46 sebulan sahaja. Apa istimewa sangat dengan pelan kali ini? Jika hendak tahu, sila teruskan baca butiran di bawah.

Pelan 4G KONFEM UNLIMITED ini sebenarnya mengandungi 4 jenis Pelan iaitu:

  • KONFEM UNLIMITED 49
  • KONFEM UNLIMITED 79
  • KONFEM UNLIMITED 99

Kesemua pelan tersebut disertakan dengan Internet tanpa had. Namun begitu pelan-pelan tersebut dibezakan dengan kelajuan bermula dengan 5Mbps, 7Mbps dan tiada had had kelajuan. Masa minit berbual juga berbeza bermula dengan 100 minit 200 minit sehingga 300 minit dan panggilan tanpa had hanya ditawarkan kepada KONFEM UNLIMITED 99 dengan langganan kontrak sahaja.

4G KONFEM UNLIMITED ini boleh dilanggani dengan kontrak dan juga tanpa kontrak untuk lebih jelas sila rujuk kepada carta di bawah:

Terdapat juga KONFEM Turbo Daily bagi menawarkan data tanpa had tanpa sekatan kelajuan dari RM5 sehari, tetapi hanya untuk Unlimited 49 dan 79 sahaja. Bagi panggilan suara pula, pembelian pek suara YES dari serendah RM10 untuk 500 minit, dan RM20 untuk 1000 minit.

Sekiranya anda ingin tahu lebih banyak maklumat berkenaan promosi dan pelan terkini YES, anda bolehlah melawat Kedai YES terdekat atau lihat laman web rasmi YES dan YES Online Store.

Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

Leave a Reply

Worth reading...
U Mobile: GT30 Menawarkan Panggilan Tanpa Had dan Internet 1GB Hanya RM25.