Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

Yoodo: Add-Ons 20GB Hanya RM1

Hanya RM1 untuk 20GB Add-ons itulah yang dinyatakan oleh dalam halaman web rasmi Yoodo baru-baru ini. Seperti yang kita ketahui berkuatkuasa 31 Disember 2018, Promosi RM20 untuk 20GB data di Yoodo akan berakhir. Namun begitu menjelang 2019 Yodoo sekali lagi menawarkan promosi yang tidak kurang menariknya.

Hanya RM1 untuk Add-ons namun begitu, ia bukanlah data untuk kegunaan semua Promosi ini hanya untuk data khusus add-ons iaitu bagi aplikasi FacebookYouTubeInstagram atau WhatsApp. Dengan hanya RM1 kita akan dibekalkan kuota 20GB bagi setiap add-ons yang kita pilih. Promosi ini agak menarik dan boleh dikatakan terbaik buat masa ini.

Promosi ini akan mula ditawarkan pada 1 Januari dan akan berakhir pada 31 Januari 2019. Perlu diingatkan bagi menikmati promosi ini, pengguna perlu terlebih dahulu memiliki pelan data, dari serendah RM12 sebulan dengan kuota sebanyak 2GB. Setelah memilih pelan data, barulah pengguna dibenarkan memilih salah satu add-ons yang ditawarkan pada kadar RM1.

Sebelum Promosi RM1 ini, Semua add-ons tersebut dikenakan kadar RM5 sebulan, kecuali Youtube iaitu RM10 sebulan. Kini bermula 1 Januari Sehingga 31 Januari 2019 semua add-ons tersebut ditawarkan hanya RM1 setiap satu. Menarik dan berbaloikan?

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Promosi ini. Jika anda masih belum mencuba Yoodo, anda boleh mendapatkan RM20 kredit percuma dengan mendaftar Di Sini. Maklumat lanjut tentang promosi add-ons RM1 ini boleh dirujuk di sini.

Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

Leave a Reply

Worth reading...
OneXOX Black: Ditawarkan Dengan 12GB Data Dan Panggilan Tanpa Had